Tuhan saja yang tahu betapa terujanya saya untuk berjumpa dengan aktres dan model berwajah cantik ini. Nasha Aziz – namanya sudah cukup kukuh untuk sesiapa pun mengiyakan anugerah yang dimilikinya. Bertubuh kurus, tinggi lampai, berkulit cerah dan jelita (walau tanpa solekan), Nasha membolot semuanya. Ramai juga taulan dan saudara-mara rapat mencemburui peluang yang saya ada hanya kerana dapat bertemu Nasha.
Namun, apa yang menarik perhatian ketika melihat kehadiran Nasha di White Studio adalah karakternya. Hadir santai dengan sun dress putih, Nasha bersahaja dalam menunjukkan dirinya yang sebenar. Juga tidak mewujudkan gap bersama orang yang belum ditemuinya termasuk saya.
Sambil merakamkan video ketika Nasha ditemubual Min Luna selaku Penulis untuk ruangan Personaliti bulan ini, saya terhibur melihat gelagat dan gaya jawapannya. She’s very honest yet very unpredictable and very sharp in her words.
“Cantik? Saya tidak pernah memandang ke sisi itu. Saya lebih suka bercerita tentang kerjaya, bakat yang saya ada mahupun tanggungjawab saya sebagai penggiat seni. Mungkin saya tidak begitu percayakan kecantikan kerana sifat itu hanya sementara,” jawabnya dalam memberikan reaksi ketika mengulas tentang kecantikan semulajadi yang dimilikinya.
“Sebenarnya, watak penggoda paling sukar untuk saya bawa. Terlalu sukar sehinggakan saya pernah menangis akibat tertekan untuk menggoda lelaki biarpun dalam lakonan! Jika diberi watak ‘psycho’, to me it’s very easy. I bet, you can too. Sebab watak ‘psycho’ banyak melibatkan ekspresi muka dan emosi. Kalau menggoda pula, bahasa tubuh adalah fokus utama dan saya terasa geli kerana itu bukan sifat semulajadi diri saya!” jelasnya dalam menjawab soal watak lakonan yang paling sukar untuknya.
Menariknya GLAM kali ini, Nasha tidak hanya bercerita tentang dunia seni, malah pengalaman modeling di luar negara, rutin cantik, cinta yang selfish, her idea of a well settled life dan sisi kasual Nasha yang belum pernah diterokai. Itu janji Min untuk tatapan pembaca setia GLAM.
Usah tunggu lagi, pastikan naskhah GLAM ada di dalam tangan anda! Banyak lagi kupasan menarik mengenai aktres ini yang perlu anda ketahui. You will enjoy it, trust me!
–Khirriah Kodry




