Pementasannya baru-baru ini memperlihatkan mutu yang pelbagai lebih-lebih lagi apabila Dina Nadzir (Malaysian Idol) membuktikan kemampuannya dalam menjiwai watak sebagai Effie White. Bukan sahaja Dina mampu membawa watak wanita kulit hitam era 60-an tetapi mutu vokalnya meremangkan sebilangan penonton! Seperti yang ditulis Penulis Gaya Hidup, Jamal dalam artikelnya,
“Ruzana Ibrahim seperti biasa, lebih dikenali dengan tariannya yang tajam, penuh bertenaga dan licik namun keserasian tidak tercipta dengan ahli kumpulan yang lain. Keseimbangan tiga watak utama hanya akan tercipta apabila ada seorang yang genit dan nakal sedikit, seperti Sharifah Aleya dalam Terima Kasih Cinta…”
Turut diulas, gaya lakonan Tony Eusoff dan anak lelaki bongsu Tun Dr Mahathir, Mazhar. Namun, adakah mereka mempertontonkan mutu lakonan yang terbaik? Bagaimana pula dengan nyanyian mereka? Baca artikel penuh hanya dalam GLAM bulan ini!
Pengembaraan LV dimuziumkan
.jpg)
Legasi Louis Vuitton yang diterjemahkan menerusi pameran Voyages berlangsung di Muzium Nasional Beijing, China membuka peluang kepada peminatnya untuk mengetahui kisah perjalanan dan pengembaraannya. Pengunjung dibawa semula ke 1854 apabila LV yang menjadi pembuat ulung beg dan peti untuk perjalanan jauh mendapat pembelaan selepas berlakunya revolusi perindustrian dan pemodenan. Untuk mengetahui berita menarik ini, baca selanjutnya dalam ruangan Seni & Sastera bulan ini.
Lagi menarik dalam Seni & Sastera kali ini…
Chic Lit & Autobiografi yang mendapat highlight:
![]() |
![]() |
![]() |
||
| Confessions of a Rebel Debutante, Anne Fields | Summer at Tiffany, Marjorie Hart | Vidal: The Autobiography, Vidal Sassoon |
Senarai ‘7 Artis Estetik’ GLAM, siapakah mereka?
.jpg)
Dapatkan isu September GLAM di pasaran sekarang!







