Blog vs Majalah: Adakah wadah fesyen kini beralih arah?

Dua puluh tahu lalu, orang ramai berpusu-pusu ke newsstand untuk mendapatkan majalah fesyen kegemaran. Apatah lagi jika majalah itu diimport dari luar negara, pembaca sanggup menunggu mahupun berbayar lebih untuk melanggannya. Namun, itu 20 tahun yang lalu.

Kini, bagaikan dilanda ‘angin kuat’, senarionya berubah sama sekali. Pengikut setia arena fesyen hari ini mengalihkan tumpuan kepada penulisan blog pula. Sedangkan kreativiti dan ilham luar biasa yang diterjemahkan jurugambar, penata gaya dan pengarah kreatif cukup menjadikan sesebuah majalah sebagai bingkisan seni yang tiada tandingannya. Ironinya, blog tiada pula paparan editorial spread yang ‘dahsyat’ tetapi masih mendapat ribuan malah jutaan hits dari pengikut seantero.

How can it be?

Kajian dan penilaian yang merangkumi setiap aspek pandangan dan hasil pemerhatian ditulis Penulis Fesyen GLAM, Aizat dalam isu GLAM bulan ini. Tentunya artikel ini menyediakan insight yang cukup sempurna buat mereka yang tertanya-tanya sama ada majalah masih relevan dalam arus teknologi yang semakin moden dan pantas berubah kecanggihannya dari hari ke hari.

Anna Wintour dan Franca Sozzani, masing-masing ada yang bersetuju dan ada yang tidak langsung menyokong kewujudan blog dalam industri fesyen.

Ada sesetengah daripada nama-nama terkemuka industri fesyen menyokong kewujudan blog kerana populariti mereka boleh memperkukuhkan lagi kedudukan majalah fesyen. Tetapi ada juga yang tidak bersetuju malah mempersoalkan latar belakang penulis blog yang tidak cukup ‘utuh’ untuk mengkritik rekaan fesyen yang dipentaskan termasuk kelompok pereka legenda dunia.

Bryan Boy menghiasi barisan utama pertunjukan fesyen bersama Anna Piaggi dan Anna dello Russo. Penulis blog Hanneli Mustaparta dipilih untuk menjadi hos bersama Andre Leon Talley buat pertunjukan fesyen Fashion's Night Out 2010 anjuran Vogue US.

 

Pastikan anda mendapatkan isu September GLAM dan ketahui beberapa pandangan menarik antaranya daripada Editor Vogue Amerika, Anna Wintour, penulis blog terkenal, Bryan Boy juga Editor Vogue Itali, Franca Sozzani.

Puas sudah kita memikirkan hubungan antara blog dengan majalah sebagai medium untuk meneruskan arus fesyen. Apa kata jika anda menonton pula klip video di bawah untuk sedikit hiburan.

Speak Your Mind

*

Other BluInc Magazine Titles