Afifah Ariff

“Bagi saya mix and match adalah cara paling selamat untuk bergaya.” Itulah kata-kata Afifah Ariff atau lebih mesra dipanggil Effie ketika menceritakan gaya peribadinya. Menurutnya, dia tidak terlalu mengikut trend. Daripada jenama high street hingga ke jenama mewah, Effie selesa memadankannya bersama. GLAM kali ini meninjau wardrobe Pengurus Restoran Wau Penyu ini yang turut meminati koleksi DVF dan Matther Williamson.

 

 

 

 

 

 

 

 
Antara dress koktel BCBG Max Azria yang dimiliki Effie.   Kenangan…Foto Effie bersama teman rapatnya, Alsou Abramova dan Bahar Jefri diambil di Picadally Circus London.

 

 
Tas tangan vintaj yang asalnya dimiliki ibu, kini menjadi miliknya.   Dress ini direka kenalan rapatnya yang juga pereka Indonesia, Maia. Effie turut membantu menjual rekaan Maia secara online.

 

 
Gincu Chanel dan maskara HR antara alat solek yang sentiasa dibawanya.   Sepatu Jimmy Choo ini turut menjadi item yang kerap dipakai kerana pemakaiannya yang selesa.

                             Kedua-dua aksesori ini dibelinya sewaktu percutian ke Bangkok.

 

Sambil bercuti bersama teman-teman ke Los Angeles, Effie turut tidak ketinggalan membeli kaca mata hitam Oliver Peoples ini.

 

 

 

Other BluInc Magazine Titles