Selebriti Dermawan

 

John Legend

Berada di tangga ke-4, penyanyi yang terkenal dengan lagu ‘Ordinary People’ ini mendapat inspirasi selepas membaca sebuah kisah dokumentari tentang kehidupan serba kekurangan di Afrika. Melihat sendiri keadaan di sana, Legend terus menubuhkan Show Me Campaign untuk menyalurkan bantuan di serata Afrika. Selain mengumpulkan sumbangan wang dan keperluan asas, Legend turut membuat lawatan ke universiti seluruh Amerika Syarikat.

Sheryl Crow

Penyanyi yang pernah mengidap penyakit kanser payu dara ini kini giat menyebarkan kempen kesedaran penyakit yang menjadi ancaman kepada golongan wanita seluruh dunia. Crow aktif membuat persembahan di konsert-konsert amal di hospital. Tidak cukup dengan itu, Crow turut menggalakkan peminatnya untuk menderma ke organisasi World Food Programme yang membantu kanak-kanak kurang upaya serata dunia.

Ashton Kutcher & Demi Moore

Menamakan organisasi amal, DNA Foundation sempena nama mereka, Demi and Ashton, pasangan ini memberi perhatian buat isu rogol serta pemerdagangan seks kanak-kanak. Selain organisasi ini, Kutcher turut menyumbang ke badan amal Habitat for Humanity juga pernah membina kediaman buat keluarga malang di Amerika Tengah. Sementara Moore pula merantau ke pelosok dunia untuk taklimat menentang isu pemerdagangan kanak-kanak.

Annie Lennox

Menyebarkan kesedaran tentang HIV/AIDS dengan penuh dedikasi, Annie Lennox pernah dianugerahkan Humanity Award oleh British Red Cross. Selain menyertai beberapa organisasi amal bebas termasuk 46664 Foundation milik Nelson Mandela, Lennox juga menerbitkan single, ‘Sing’. Hasil kutipan jualan single itu kemudiannya disalurkannya ke Treatment Action Campaign. Malah, Lennox turut aktif berkempen tentang kisah duka 15 juta kanak-kanak di Afrika.

Matt Damon

Aktor penuh berbakat ini adalah pengasas H2O Africa, organisasi khusus untuk isu kekurangan dan kebersihan air di Afrika. Menerusi pertubuhan itu, Damon mengembara ke Afrika untuk memberikan taklimat tentang kepentingan air bersih yang menjadi ancaman wabak serius di sana. Damon turut dilantik sebagai duta ONEXONE, badan yang memulihkan nasib kanak-kanak kurang upaya di Kanada, Afrika dan serata dunia.

 

 

Selebriti yang menduduki tempat pertama dalam 20 Selebriti Dermawan pilihan GLAM adalah wanita genit yang terkenal menerusi siri Desperate Housewives. Siapakah pelakon ini? Jangan lupa dapatkan majalah GLAM terbaru sekarang!

Speak Your Mind

*

Other BluInc Magazine Titles