Putri Azalea

Pemilik bersama label Pu3 ini cukup meminati gaya yang edgy. Menjadikan Kate Moss, Rumi Neely dan kembar Ashley dan Mary Kate Olsen sebagai ikon fesyennya, kata Azalea, mereka berani dalam berfesyen. Barisan ikon terkenal itu juga membuatkan Azalea terbuka untuk mencuba padanan yang lain daripada yang lain.

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Jaket Arrogant Cat yang dibelinya di London antara jaket yang kerap dibawanya setiap kali mengembara ka negara musim dingin. Vest ini merupakaan hasil rekaannya bersama adik kembar, Putri Yasmin yang terdapat di butik. Tas tangan berona bold juga edisi terhad daripada Chanel ini dibelinya di KLCC.
Cincin skull daripada Alexander McQueen antara aksesori kesayangannya. Rantai perak dengan taburan onics hitam ini adalah pemberian teman rapatnya di London. Kaca mata turut menjadi pilihan aksesori Azalea. Antaranya kaca mata daripada Therry Lesry ini yang dibeli di Tokyo.
Juga dibeli di Tokyo, topi ini menjadi pelengkap gayanya yang kasual. Tali pinggang rantaian emas Miu Miu ini pula dibelinya di Singapura.
Denim daripada True Religion yang dibelinya di Selfridges London antara celana kegemaran Azalea. Sepatu tinggi gladiator Giuseppe Zanotti turut menjadi item kesayangan selain punya ciri istimewa kerana tertera tandatangan perekanya di tapak.

Speak Your Mind

*

Other BluInc Magazine Titles