Fakta mengejutkan, sejarah lakon layar dan berita baik. Semuanya dikhabarkan dalam Seni dan Sastera bulan ini.
Inspirasi Dior di Pushkin Museum

Busana ciptaan Christian Dior tidak hanya meletakkan idea menghasilkan sesebuah karya agung menerusi seni rekaan dan jahitan. Tetapi setiap luahan rekaan masing-masing punya nilai estetika tersendiri. Ini kerana letusan inspirasi Dior dicedok dari karya-karya seni terkemuka dan semuanya kini dipamerkan di Pushkin Museum, Moscow, Rusia. Antara lukisan yang menjadi pencetus ilhamnya termasuk Portrait de Mmme Barbe de Rimsky-Korsakow oleh Frans Xaver Winterhalter. Karya itu memberinya inspirasi untuk menghasilkan jubah Koh-I-Noor pada 1996-1997. Siapa pula sangka, karya pelukis dari Asia turut menjadi inspirasi utama Dior dalam menghasilkan kot Suzurka-San. Siapakah pelukisnya? Jawapannya ada di dalam majalah GLAM terbaru.
Biografi Terpilih; Tambo Tempatan

Dua orang penulis mendapat highlight pada kali ini. Salah seorangnya adalah Awang Goneng, peguam yang kemudiannya menjadi wartawan dan kini bergelar penulis bebas. Buku biografi “Growing Up in Trengganu” diterbitkan pada 2007 dan sebuah lagi karya (yang hanya boleh diketahui dalam majalah GLAM terkini) tidak hanya mengandungi ceritera, malah kejayaan penerbitannya turut menjadi artifak promosi pelancongan Terengganu.
White Rajah: A Biography of Sir James Brooke oleh Nigel Barley
Barangkali anda pasti terkejut mengetahui satu lagi fakta yang tidak diceritakan dalam buku-buku sejarah umum tanah air mengenai Sir James Brooke. Dimahkotakan sebagai Raja Sarawak yang pertama oleh Sultan Brunei, lelaki berbangsa Inggeris ini dikatakan mempunyai kisah cinta bersama seorang Putera Sarawak! Serba sedikit identiti lelaki itu ada di dalam kolum Seni & Sastera GLAM bulan ini.
Lagi dalam Seni & Sastera bulan ini…
Seri Mestika Panggung Art Deco

Tiga bintang legenda Hollywood, Greta Garbo, Marlene Dietrich dan Bette Davis, mereka mempunyai perjalanan tersendiri dalam menjadi pelakon. Ada yang bersara awal kala nama berada di kemuncak, ada yang pernah menjadi penghibur di kem-kem tentera sewaktu perang dunia kedua dan ada juga yang meneruskan minat berlakon hingga enam dekad berturut-turut.
Pago-Pago Pulang ke Malaysia Melalui HB Art Auctioneers

Lukisan siri Pago-Pago karya Abdul Latiff Mohidin yang asalnya dilukis di tanah air, kemudian diterbangkan ke beberapa buah negara lain termasuk Amerika Syarikat selepas dibeli beberapa individu. Namun, akhirnya lukisan itu kembali ke tempat asal menerusi acara HB Art Auctioneers. Apa yang mengejutkan, lukisan itu dijual hingga mencecah hampir setengah juta dan melepasi jangkaan harga jualan! Pastikan anda membaca artikel menarik ini untuk mengetahui lanjut tentang kisah jualan lukisan bersejarah ini.




