
Selesa sambil bergaya
Salah satu persalinan dalam koleksi musim luruh Erdem ini menerbitkan gaya penuh selesa namun tetap anggun dengan motif bunga yang memenuhi gaun labuh bercekak di pinggang.

Sulaman elemen suram dan feminin
Juga dari koleksi Erdem, jaket labuh dengan motif yang sama dengan sepatu menyerlahkan gaya edgy si pemakai. Begitu classy!

Ilham Missoni terbit dari lukisan anak bongsu
Rona suram melimpahi koleksi musim luruh Missoni selepas melihat lukisan anak bongsunya. Lantas, ia menjadi inspirasi pilihan rona untuk rekaan kali ini. Potongan baju kait yang polos dan longgar pula menjadi DNA fesyennya.

Imbasan 60an
Potongan baju tanpa lengan berperincian ropol di dada memberikan gaya selesa. Apatah lagi jika dipadankan dengan seluar berpotongan atas buku lali sekali gus mencipta gaya era 60an yang ringkas lagi chic.

Gaun Giles Deacon yang preppy
Helaian gaun tweed dari Giles Deacon ini kelihatan menawan dan sesuai untuk mereka yang sukakan fesyen minimalis. Padanan sepatu berona kontras pula menyeimbangkan mainan rona suram yang melekap pada tubuh.

So chic!
Walaupun ringkas, namun busana Raoul ini benar-benar anggun jika bijak digayakan. Tip terbaik? Ikatkan rambut bersama fringe ke tepi sementara kaki disarungkan panty hose berona hitam. Sepatu tinggi atau but hitam melengkapkan lagi gaya!

Gabungan rona kontras yang bijak
Mainan tiga rona dalam satu helaian dari Prabal Gurung ini memberikan kelainan yang serasi. Walaupun bold tetapi potongan gaun yang melekap pada tubuh memberikan keseimbangan yang begitu bijak!

Si seksi yang misteri
Elemen seksi penuh kewanitaan jelas terpancar tatkala peragawati menyusuri pentas dengan helaian Giles Deacon ini. Ronanya yang suram pula seolah-olah menerbitkan gaya misteri.

Inspirasi untuk ke pejabat
Hati sudah jemu memakai helaian pejabat yang sama lagi typical-kemeja dan celana. Kali ini, selitkan gaya high fashion dengan memadankan baju beriben bersama skirt berona merah jingga yang mewah. Pastinya anda tampak berbeza!
Gambar Terkini Ogos ’11
Filed Under: Slider




