Eksotiknya Mahligai Agam Elie Saab

Suasana penuh nyaman, pandangan yang memukau. Sesiapa saja yang melangkah masuk, pasti tergamam dengan indahnya susun atur rekaan dalaman sambil dikelilingi hiasan yang cukup jelas dengan elemen kontemporari. GLAM meninjau mahligai agam Elie Saab secara eksklusif. Keunikan empayar fesyennya sukar untuk disangkal. Anak kelahiran Beirut, Lebanon ini tahu apa yang dikehendakinya, apa yang serasi dengan jiwanya. Bagaikan tidak mahu terlalu terikut-ikut dengan perkembangan trend yang menghangatkan seluruh dunia rekaan, Saab punya keaslian kreativiti biarpun dalam menguruskan wajah agamnya.

 

 

Bertitik tolak daripada konsep gothic revival, Saab tidak mengehadkan ideanya dengan elemen yang typical-suram, gelap dan mengerikan. Sebaliknya, penggunaan warna putih menjadi asas kepada nadi seni bina. Bukan sahaja pertembungan budaya antara tamadun Islam Uthmaniyah dan pergerakan Katolik Maronite menjadi pengaruh rekaan, malah alam semulajadi turut memainkan peranan.

 

Upholsteri putih, perabot motif Maghribi, lantai bercorak geometri dan bunga-bunga segar pula begitu menonjol dalam agamnya. Tetapi apakah pula rahsia keanggunan disebalik ciptaaan idea seni bina dan rekaan dalaman pereka ini? Dapatkan majalah terbaru GLAM untuk melihat lebih banyak paparan gambar dan kekunci gaya kediaman penuh eksotik ini.

Speak Your Mind

*

Other BluInc Magazine Titles