Mereka begitu serasi dalam siri drama popular itu. Tetapi adakah hubungan cinta mereka hanya ‘wujud’ di dalam set lakonan?
Tiz Zaqyah dan Remy Ishak. Sebut sahaja salah satu nama, pastinya nama yang satu lagi menyurusi selepasnya. Dalam erti kata lain, ‘their names complement each other’! Semuanya bermula selepas mereka digandingkan bersama dalam drama arahan Kabir Bhatia, Nur Kasih. Bagaikan fenomena, siri itu berjaya mengumpulkan hampir empat juta penonton saban minggu, untuk menyaksikan drama berkisahkan cinta itu. Selain lakonan mantap yang menjadi bualan orang ramai, kisah cinta kedua-dua insan ini juga heboh diperkatakan. Mana tidaknya, mereka kelihatan begitu serasi hinggakan sekali lagi mereka digandingkan dalam filem terbaru KRU, Tahajjud Cinta.

Kemudian, GLAM pula memilih mereka untuk menghiasi muka depan bulan ini. Gantungan sut dan gaun Versace diperuntukkan dalam sesi penggambaran yang diadakan di White Studio. Namun, sejauh mana ‘keterbukaan’ mereka untuk mengulas tentang gosip cinta yang semakin meliar? Semuanya ada di dalam majalah GLAM terbaru! Pastikan anda tidak melepaskan isu Ogos ini untuk membaca lebih lanjut tentang Tiz dan Remy, dua bintang popular tanah air. Sebelum itu, laman sesawang GLAM kali ini memetik kata-kata mereka dalam artikel sewaktu Pengarang, Suzie menemubual dua pelakon hebat ini.
Tiz Zaqyah
"Saya suka melukis tapi masa amat mencemburui. Suka juga mengambil gambar dan melakukan editing sendiri selain melakukan marathon DVD hingga ke pagi!” “Bagi saya, cinta itu ada di mana-mana. It could happen anytime, anywhere even at places that you’d never think of. Just go with the flow. Takdir dan jodoh di tangan Tuhan." |
Remy Ishak
"Antara yang paling lucu, saya pernah betul-betul tertidur ketika melakukan babak tidur. Hahaha! Saya Cuma terjaga bila terdengar semacam ada suara orang bercakap, ‘Hey chief, your dialogue!’ Suaranya macam Kabir…dan bila saya buka mata, semua orang sedang memandang ke arah saya. Apa lagi, semua pun ketawa bagai nak pecah perut! Haha!" "Mungkin pemandu jet pejuang atau admiral dalam tentera laut? Saya kagum pada orang yang berani dan ada sifat pejuang. Lagi pun, ayah saya tentera, maka saya membesar dalam komuniti badan beruniform. Sedikit sebanyak sifat sebegitu ada dalam diri saya." |






