Adakah anda bersedia untuk melihat item fesyen terkini yang perlu ada dalam wardrobe sementara diri melayari musim panas? GLAM memaparkan sebahagian daripada 30 item perlu ada yang dipaparkan di dalam majalah bulan ini!
Candy Bag Beg Candy dari Furla ini semakin menjadi kegemaran wanita muda hari ini. Selain kelihatan chic, beg candy mampu menyerlahkan lagi aura girlish yang terpendam sekian lama!
Jam KronografSusulan daripada kejayaannya dalam meraih sambutan yang hangat, TAG Heuer kini muncul dengan satu lagi rekaan jam kronograf di bawah koleksi Formula 1 Lady Steel & Ceramic yang dipakai bintang tenis terkemuka, Maria Sharapova. Cukup bergaya!
Aksesori DempakFlora dan fauna menjadi inspirasi buat aksesori musim panas. Pilihan GLAM tentunya dari Dior dan Lanvin. Menjadikan perincian bunga dan rama-rama sebagai hiasan, aksesori ini amat sesuai untuk gaya feminin kala bercuti.
Summer BagKeluasannya cukup memadai untuk menjadikan beg tote sebagai antara beg yang paling praktikal untuk dibawa ke mana sahaja. Antara yang menawan, tentunya beg rekaan Louis Vuitton ini yang bermotifkan suasana summer in the street!
Cermin MataMusim panas dirasakan janggal jika cermin mata tidak disimpan di dalam tas tangan. Bukan sahaja mata mampu dilindungi daripada limpahan sinar suria, malah menyerlahkan lagi gaya fesyen yang menawan. Paling klasik, cermin mata ilham Dior ini yang penuh dengan rona mewah!
SkarfHermes sememangnya dikenali dengan skarf yang bermotif penuh elegan dan eksklusif. Untuk sentuhan gaya yang anggun, lilitkan skarf berona hangat seperti skarf terbaru Hermes ini!
Travel KitBeg khas ilham Anya Hindmarch ini antara item yang perlu ada dalam koleksi peribadi. Rekaannya yang super chic ini pastinya berguna untuk menyimpan barangan seperti kosmetik dan ubat-ubatan agar tidak keciciran kala berlibur!
BikiniBuntu untuk memilih pakaian renang yang menarik? Bikini dari Long Champ ini antara yang sesuai untuk digayakan kerana warnanya yang begitu feminin.
PastelLihat saja persamaan di antara tiga gadis popular ini; Laura Bailey, Alexa Chung dan Poppy Delevingne iaitu gaya yang memainkan rona pastel. Jangan terhadkan rona hangat dalam koleksi anda kerana rona pastel juga ‘in’ untuk trend musim panas terkini.
Item apakah yang berada di tangga tiga teratas? Jangan lupa untuk mendapatkan majalah GLAM isu Julai ’11 untuk melihat aksesori yang perlu ada untuk menjadikan musim panas anda lebih bermakna!



