YULIA DALMATOVA

Yulia Dolmatova, wanita kelahiran Moscow, Rusia ini sudah dua tahun menetap di Malaysia. Pernah menjadi pengurus pemasaran selama lima tahun bersama jenama kosmetik, L’Oreal di negara asalnya membuatkan Yulia tidak kekok menghadiri parti-parti fesyen. Yulia yang kini berjawatan Pengurus Pemasaran di Starhill Gallery, begitu menitik beratkan soal gaya kerana sering bertemu klien-klien.

Kata Yulia, mood memainkan peranan penting dan tidak terikut trend semasa selain tidak berpegang pada satu jenama. “Saya lebih suka konsep mix and match. Misalnya kalau menyarung top berjenama, cukup skirt jenama high street”.

 

Top ini antara item kegemaran Yulia yang dibelinya di butik Paul Smith di sini. Motif dan hiasan riben berlilitkan rantai emas kelihatan chic selain selesa untuk digayakan kala bersantai di kota.

 

 

 

 

 

Cukup feminin! Skirt berjenama Dolce & Gabbana ini dibeli Yulia disebabkan motif orientalnya yang unik.

 

 

 

 

 

Ketika kunjungannya ke kota Paris, Yulia tidak ketinggalan membeli cincin dari Hermes ini. Cincin ini juga antara koleksi aksesori Hermes yang digemari Yulia selain bracelet.

 

 

 

 

 

Jenama high street juga menjadi kegemaran Yulia termasuk clutch berona fuchsia pink dari Zara ini. Sesuai untuk dipadankan bagi gaya pop chic.

 

 

 

 

 

Colourful! Yulia boleh dilabelkan sebagai penggemar aksesori. Lihat saja koleksi headband ini dengan antaranya dibeli secara online di butik maya Sereni & Shentel.

 

 

 

 

 

Meninggalkan kesan sentimental, potret bersama ibu dan adik tersayang ini juga merupakan item kegemaran Yulia. Mereka yang masih lagi menetap di Rusia sekaligus meninggalkan cebisan kerinduan kepada Yulia.

 

 

 

 

 

Bedak asas cecair ini adalah antara kosmetik Lancome yang dimilikinya. Kata Yulia, alat solek jenama ini memberi kesan solekan natural.

 

 

 

 

 

 

Yulia yang cukup gemar membaca turut mengumpul autobiografi juga buku-buku fesyen sebagai koleksi peribadinya.

 

 

 

 

 

 

Sepatu flats adalah kegemaran Yulia disebabkan ianya selesa untuk dipakai sama ada untuk bekerja mahupun membeli-belah. Sepatu Chanel ini antara flats yang dibelinya.

 

 

 

 

Speak Your Mind

*

Other BluInc Magazine Titles