SOHO MIKA NINAGAWA PENUH JERITAN WARNA DAN INSPIRASI

It’s totally out of the box! Jurugambar ini yang banyak menghasilkan karya kerja untuk majalah juga Shu Uemura di Jepun begitu expressive pabila melihatkan rekaan dalaman studio tempatnya bekerja. GLAM berkesempatan menjenguk soho ini di Tokyo yang dianggap luar biasa.

Sebagaimana yang ditulis Jamal selaku penulis gaya hidup GLAM tatkala tiba di dalam soho Ninagawa, “Biasan warna pada fotografi , Ninagawa sentiasa menjerit, mancawarna, segar dan merakamkan secebis imej Timur Jauh, sekali gus meletakkan seni Asia di tempat yang adil dan sepatutnya.” Begitu jugalah yang dilihat menerusi sentuhan ideanya pada rekaan dalaman soho ini.  

Satu persatu perkataan yang terbit di benak fikiran melihatkan rekaan dalaman jurugambar ini yang mencetuskan ilham seni menakjubkan. Permainan rona yang kuat di sebahagian ruang termasuk dinding diikuti rekaan hiasan yangunik dan ‘lain daripada yang lain’ sekaligus memberikan jawapan-ya, Mika Ninagawa sememangnya dilahirkan sebagai insan penuh artistik.  

Uniknya, Ninagawa menggunakan teraan foto yang diambil sendiri sebagai kertas dinding. Tidak cukup mewarnai dinding sekeliling, siling turut menjadi kanvas paparan fotonya menggunakan bahan sama. Manakala pencahayaan lampu yang berloketkan hiasan klasik menaikkan lagi suasana dalaman.  

Apatah lagi padanan objek seperti meletakkan kerusi upholsteri kulit harimau bintang dan meja kaca berkaki harimau kumbang di sebuah sudut tangga mungkin jarang diaturkan sesiapa pun. Satu lagi keunikan ketara apabila Ninagawa menggunakan kerusi dengan rekaan berbeza tetapi masih menggunakan mainan rona yang sama-hitam putih di bilik mesyuarat. Jangan lupa dapatkan majalah GLAM isu Julai ’11 untuk membaca penuh artikel ini dengan lebih banyak paparan gambar di soho yang extraordinaire ini!

Speak Your Mind

*

Other BluInc Magazine Titles