Sempena acara gala muzium The MET baru-baru ini, pameran ‘Savage Beauty’ dianjurkan sebagai dedikasi kepada semangat karya mendiang Alexander Mcqueen. Pameran yang disisipkan sebagai kesinambungan kepada acara malam itu seakan-akan diberikan penceritaan kepada sejarah hidup Mcqueen sebagai seorang pereka fesyen yang cukup disegani.
.jpg)
Bermula dengan ‘The Romantic Mind’ iaitu naratif kepada pembabitan awal pereka itu kemudiannya disusuli dengan transisi juga evolusi rekaannya selama 19 tahun. Pameran yang mempersembahkan karya Mcqueen ini diselenggarakan oleh kurator Andrew Bolton dengan membawa judul ‘Savage Beauty’ yang bermaksud kecantikan nan liar.
.jpg)
Dipecahkan mengikut penterjemahan ilham kepada lima tema, rekaan fesyen pereka ini ternyata benar-benar menzahirkan inspirasi yang diperoleh melalui pengembaraannya di serata dunia selain hubungan alam semulajadi yang disaksikan Mcqueen sebelum pemergiannya.
.jpg)



