Nama-nama ini bukan asing di mata dunia. Gaya hidup mereka yang penuh kemewahan dan glamor seolah-olah menjadi ‘ganjaran’ atas bakat dan pangkat yang dimiliki. Semuanya bercirikan first class termasuk gaya escapade mereka!
![]() |
OPRAH WINFREY Berada di tangga ke-empat, pengacara yang cukup terkenal dengan paparan realiti kehidupan wanita, Oprah Winfrey dikhabarkan membeli rumah agam bernilai AS$68 juta di Alpine, New Jersey. Rumah mewah itu yang dibelinya baru-baru ini mempunyai 19 bilik tidur, masing-masing dilengkapi bilik air. Jika diikutkan, rumah agam ini adalah rumah ketiga yang dibelinya sendiri.
|
|
MADONNA Sikap demanding penyanyi tersohor ini sukar untuk disangkal. Ke mana sahaja dia pergi, pastinya sepasukan entourage akan mengiringinya. Paling terbaru, ketika kunjungannya ke Jerman, dia mengarahkan agar setiap kelengkapan di suite penginapannya di Soho Hotel, Berlin, ditukar baru. Katanya, dia tidak mahu tidur di katil yang pernah ditiduri orang lain! |
![]() |
![]() |
JOHNNY DEPP Pelakon dengan citarasa fesyen yang quirky ini telah membeli Pulau Little Hall’s Pond Cay, Bahamas bernilai AS$3.5 juta. Pulau ini dilengkapinya dengan satu pelabuhan peribadi, enam pantai dan lagun yang dirimbuni pohon palma. Selain itu, sebuah istana peribadi bernilai AS$13.8 juta di Itali juga turut dibelinya. Semuanya digunakan untuk memenuhi masa terluang dengan keluarga tersayang.
|
|
KATE MOSS Supermodel kegemaran ramai pereka fesyen ini dikatakan tidak seligat dulu lagi. Selain gemar berkunjung ke Saint Tropez, Moss turut menyukai Thailand sebagai destinasi percutiannya. Antara yang dilakukannya termasuk bermalas-malasan di atas kapal layar. Moss turut sanggup menghabiskan tiga ribu pound kepada sebuah resort eksklusif di Phuket. Benar-benar mewah! |
![]() |
![]() |
DIANE VON FURSTENBERG Gaya escapade pereka fesyen ini mungkin sedikit berbeza berbanding selebriti dan individu ternama lain. Diane dikhabarkan lebih gemar menghargai keindahan sekeliling dengan hanya berjalan kaki sekitar lorong di Moscow, Rusia hingga mendaki kepulauan Fernando de Noronha, Brazil. Tidak hairanlah mengapa helaian rekaannya begitu menakjubkan, hasil inspirasi pemerhatiannya sepanjang mengembara.
|
|
MARIA SHARAPOVA Pemain tenis wanita ini bukan sahaja bertuah kerana bakatnya yang begitu hebat di gelanggang, malah kejelitaan wajahnya mendapat perhatian seluruh dunia. Selain menjadi duta produk Nike dengan sambungan kontrak bernilai AS$70 juta, Sharapova juga turut disenaraikan sebagai antara atlet paling tinggi bayaran dengan pendapatan tahunan dianggarkan bernilai AS$24.5 juta. Dikhabarkan, Sharapova kerap berkunjung ke Itali dan Manhattan sebagai destinasi ‘berehat’ bersama tunangnya, Sasha Vujacic.
|
![]() |
Adakah anda benar-benar ingin mengetahui individu-individu yang bertakhta di tangga tiga teratas? Jawapan tentunya ada di dalam majalah GLAM isu Julai ’11. Dapatkannya sekarang!



.jpg)





