Ada yang tidak lapuk ditelan zaman. Ikon fesyen CHIC, Cilla Foong, menunjukkan gaya penting buat stail elegan.

Dress Hitam yang ringkas menterjemahkan erti sebenar CHIC bila elok terletak pada badan. Dress jersi Tahira di Aseana, KLCC

Mengapa rantai panjang mutiara penting? Ia dapat menukar gaya biasa seperti paduan jean dan baju T menjadi lebih mewah. Rantai dan cincin mutiara rafflesia digandingkan bersama baju T Dior beserta jean GF Ferre Di Hit Gallery, KLCC

Dari Sophia Loren hingga ke Angelina Jolie, gaya solekan berkepak pada mata memberikan aura hollywood glamor nan klasik. Sesuai untuk semua peringkat umur. WRAP TOP hitam campuran fabrik kapas dan poliamida ilham La Petite Di Aseane, KLCC

Selepas bertahun gaya Glos dicalit pada bibir, kini Rona Merah kembali menjadi trend hangat. Namun, fesyen ikon seperti Paloma Picasso tahu yang Rona Merah ridak pernah lapuk dek zaman. Anting-anting Dior. Lipstil Merah Estee Lauder




