Motif Flora bersama corak jalur. Corak haiwan dimadukan pula dengan motif berkotak. Inilah cara moden bila mahu bergaya!

Top grafi k di Warehouse digandingkan dengan seluar kapas Dorothy Perkins bercorak ikat. Top bikini Jasper Conran di Debenhams dan anting-anting Philip Audibert di Aseana Accessories.

Dress maksi kain viscose bercorak harimau bintang di Miss Selfridge dengan gilet bulu musang ilham Guess. Lilitkan pada leher skarf sutera edisi terhad corak bunga dan kupu-kupu daripada Ted Baker.

Dress maksi corak ikat di Dorothy Perkins nampak lebih relaks bila digayakan bersama kardigan kait bercorak jalur daripada Karen Millen.

Warehouse mengilhamkan dress jalur yang dipadukan bersama gelang Kara Ross dan anting-anting Philip Audibert di Aseana Accessories. Kasut Bebe manakala beg Klutched di M Store.

Tunik shift sutera dalam corak geometri ini ilham Richard Nicoll buat Fred Perry di M Store. Kasut bunga Ted Baker dan gelang Miriam Haskell di Aseana Accessories.



