Kulit Juga Dahaga

Ramai yang tidak tahu hampir semua isu kulit berpunca daripada kurang lembapan. Wajah kusam, kulit tidak anjal dan garisan halus, bisa dipulihkan bersama krim kaya lembapan.

BODY CONSCIOUS L’OCCITANE
DELIGHTFUL SHAPE

Kehebatan krim pelangsing ini lebih berganda selepas dirumuskan semula tahun ini. Bersama adunan kudup pokok badam dan kafeina natural, ujian vitro menunjukkan pertambahan tujuh ganda rangsangan menyingkir lemak. Manakala minyak pati lobak berfungsi menghalang penyimpanan lemak sehingga 42 peratus.

PAYOT BUST PERFORMANCE

Setiap sentimeter kulit wajar diberi perhatian, walaupun ia terlindung. Tekstur gel-krim yang ringan meresap lembut pada kulit, kompleks Phytolift-Calcium dan kalsium bertindak membentuk kontur payu dara. Sambil unsur protein soya menganjalkan dan menegangkan semula struktur kulit.

 

CLARINS EXTRA FIRMING BODY CREAM

Menjangkau umur 35, kulit badan mula menunjukkan tanda kurang halus dan anjal. Clarins persembahkan krim yang menambah elastik kulit dengan merawat kunci isu ini, iaitu kurang lembapan. Dalam kajian empat minggu penggunaan oleh 45 wanita, 80 peratus mengakui kulit semakin anjal dan 98 peratus berasa kulit mereka lebih lembap.

CHANEL HYDRA BEAUTY SERUM

Diangkat sebagai ‘the dream nectar’, posyen kaya lembapan ini disunting daripada bunga pujaan juga iklim, ritual cantik wajib yang membekalkan lembapan intensif sehingga ke ‘jantung’ sel kulit. Gabungan Camellia Alba PFA, Blue Ginger PFA dan asid hialuronik menghasilkan kulit lebih anjal dan tebal. Tekstur ultra halusnya disulam aroma segar flora.

KIEHL’S THE ULTRA FACIAL
OIL-FREE GEL CREAM

Sejak kelahirannya tiga dekad lalu, himpunan Ultra Facial masih antara produk Kiehl’s paling popular sehingga kini. Lanjutan itu inspirasi mencipta versi bebas minyak, menghasilkan Ultra Facial Oil Free. Fokusnya melembap juga mengawal kilatan minyak pada muka sehingga 24 jam! Selain dirumus bebas paraben, silikon dan wangian gel ini juga beri sensasi menyegar kulit.

BENEFIT TRIPLE PERFORMING FACIAL EMULSION SPF15/ PA++

Benefit merumuskan semula barisan produk perawatan kulitnya dengan himpunan kaya lembapan, B.right. Produk bintangnya, Triple Performing Facial Emulsion yang bertindak melembap, melindung serta memberi keselesaan pada kulit serta-merta. Dirumus SPF, denganformulasi bebas minyaknya, kombinasi ekstrak tumbuhan, asid hialuronik dan vitamin E membekalkan khasiat antioksidan juga menyuntik seri cerah pada wajah.

BIOTHERM AQUASOURCE

Generasi baru Aquasource memformulasi agen lembapan terunggul, Mannose dan Th ermal Plankton Cellular Water. Fungsi berkuasa keduanya membekalkan lembapan sehingga meningkatkan kadar simpanan lembapan dalam kulit. Hadir dua versi, gel dan krim, keduanya mengandungi ketumpatan khasiat sama yang mampu menggalakkan pertumbuhan sel epidermis baru juga buat kulit lebih tebal dan anjal.

GIVENCHY HYDRA SPARKLING RECHARGING LUMINESCENE MOISTURIZING MASK

Bersama Sparkling Water Complex – kompleks mengandungi lima molekul melembap yang berterusan merangsang penyerapan lembapan jauh ke dalam kulit. Pupur hebat ini tampil bersama aksi kombo dalam mengekalkan hidrat kulit berpanjangan dan meningkatkan tenaga kulit sambil mengembalikan seri.

Speak Your Mind

*

Other BluInc Magazine Titles