Hana!

Hampir dua dekad menyepikan diri dari dunia modelling, GLAM menjemput Hana Toolseram untuk kembali beraksi di hadapan kamera.

Sewaktu zaman gemilangnya sekitar lewat 80-an memasuki awal 90-an supermodal Hana toolseram cukup laris di Hong Kong dan Singapura malah pernah menjejak Milan untuk pertunjukan Gianni Versace membawa kepada Giorgio Armani.

Awal pagi di studio. Saya kira Hana orangnya mungkin agak pemalu kerana tidak banyak berkata-kata walau murah senyuman. Sedang rambutnya didandan, Hana melemparkan pandangan, lama pada rak di mana persalinan untuknya sedang bergantungan. Beberapa pasang jaket Chanel edisi terhad bersama jean lusuh yang sengaja kami potong pendek.

Apalah agaknya yang sedang bermain di benak fi kiran Hana ketika ini? “Rasa kekok sikit, mungkin? Haha, sudah terlalu lama tidak shooting untuk majalah. I really can’t recall when was the last time. It’s been too long!” Sebagai ibu kepada tiga cahaya mata (yang sulung sudah pun berumur 19 tahun!), aura glamor Hana Toolseram masih tegar.

Sebaik berdiri di hadapan kamera dengan ketinggiannya yang mencecah lima kaki 11 inci, karakter Hana berubah serta-merta.

Dari full time mom, dia bertukar mode menjadi full-on supermodel. She’s still got it! “Bila saya di depan kamera atau naik ke pentas, secara automatik saya akan bertukar menjadi orang lain. Pelakon juga begitu, bukan?” kata Hana yang ketika itu sedang in character. Sekarang baru saya faham mengapa Hana Toolseram begitu dirai pada zaman kemuncaknya.

Kardigan sarat labuci dengan hiasan piping jemeki daripada koleksi Chanel-Byzantine. Hiasan semuanya juga dari Chanel.

 

Kot berupa cape dan aksesori gerek daripada himpunan Chanel- Byzantine. Rantai emas pendek Chanel vintaj.

 

Jaket tweed yang dinamakan ‘Malaysia Exclusive’ hanya untuk pasaran dalam negara, dihasilkan khas bersempena pembukaan butik baru Chanel di KLCC. Aksesori daripada koleksi Chanel-Byzantine.

 

Kardigan sarat labuci dengan hiasan piping jemeki daripada koleksi Chanel-Byzantine. Hiasan semuanya juga dari Chanel.

Speak Your Mind

*

Other BluInc Magazine Titles