Zaza Azman

Pernah menuntut dalam bidang fesyen di London College of Fashion, Tengku Zaza Azman membantu ibunya dengan perniagaan keluarga sebelum menyertai sebuah syarikat retail yang menguruskan jenama-jenama antarabangsa di sini. Bercakap mengenai fesyen dan gaya peribadi, kata Zaza walau sekadar ke pejabat, dia harus tampil stylish kerana banyak acara fesyen berlangsung selepas waktu kerja.

Kalau hari kasual, penampilannya lebih ringkas dan laidback. “Padanan top longgar bersama denim adalah pakaian santai hujung minggu, kasut flats pula semestinya teman setia saya,” celah Zaza yang mengagumi stail eksentrik British, Agyness dayn. Menetap lama di London membuatkan Zaza sedikit terikut-ikut dengan stail fesyen jalanan di sana. Menggemari fesyen vintaj, Zaza rajin memburu barangan vintaj di flea market selain bertukar barangan dengan teman-teman.

Menariknya, ibu antara penasihat fesyen Zaza. Oleh sebab saiz badan mereka agak sama, mereka sering berkongsi pakaian dan idea gaya. Kata Zaza, ibunya faham akan cita rasa fesyennya, jadi kadang-kadang bila pulang dari kerja, ada sahaja baju atau kasut baru dalam kamarnya. Ibunya juga selalu mengajak dia ke majlis-majlis fesyen sekitar kota.

 

KATA ZAZA, KALAU DIA MEMILIH PERSALINAN SERBA HITAM MAHUPUN KELABU, SEPATU GIUSEPPE ZANOTTI INI PASTI MENYERLAHKAN LAGI GAYANYA.

 

TEDDY BEAR INI ANTARA HADIAH PALING SENTIMENTAL BUATNYA, PEMBERIAN AYAH ZAZA.

 

KATA ZAZA, DIA MEMANG MENGGILAI KASUT FLATS. SELESA KE MANA-MANA. FLATS GIORGIO ARMANI INI DIBELI DI SINI.

 

ZAZA CUKUP GEMAR ONLINE SHOPPING. DRESS JENAMA WHITE INI DIBELI MELALUI LAMAN ONLINE ASOS YANG CUKUP POPULAR MASA KINI.

 

DRESS PAUL & JOE INI SELESA DIGAYAKAN PADA MUSIM PANAS DAN TOP VALENTINO INI DIBELI KETIKA LAWATAN KE ITALI.

 

SEWAKTU DI HARI GRADUASINYA, IBU DAN AYAHNYA MENGHADIAHKAN BEG TANGAN MIU MIU INI.

 

KATA ZAZA, KALAU BAB BERSOLEK, DIA SELALU MEMILIH ALAT SOLEK LENGKAP DALAM SATU PALET SEPERTI PALET DIOR INI.

 

JAM TANGAN BELL & ROSS PEMBERIAN AYAHNYA SEMENTARA JAM TANGAN TOY WATCH PULA HADIAH HARI JADINYA YANG KE-26.

Speak Your Mind

*

Other BluInc Magazine Titles