GLAM Pentas: Masa untuk menonton pementasan di Teater PJ Life Arts!

Mahukan kelainan dalam pementasan yang ingin ditonton? Kunjungi Teater PJ Life Arts yang menyajikan pelbagai persembahan menarik sepanjang bulan ini. GLAM kali ini memaparkan sebahagian daripada pementasan bagi kalender untuk Mei yang boleh menghiburkan anda.

Stick, Stones, Broken Bones

Sebuah persembahan boneka tanpa dialog yang melucukan, sesuai untuk ditonton umum. Didatangkan khas dari Montreal, Canada, pelakonnya, Jeff Achtem bersedia untuk membawa anda ke pementasan secara visual dan melihat persembahan bertemakan melodrama. Mungkin idea yang menarik untuk membawa sekali anak-anak anda melihat sebuah pementasan yang unik dan hebat. Untuk keterangan lanjut, layari laman web www.pjla.com.my
Tarikh pementasan: 10-15 Mei
Harga tiket: RM60, RM30 (pelajar dan warga emas)
Lokasi: PJ Life Arts, Jaya One, Petaling Jaya

 

 

 
HaritHDouglas
Pelakon juga pelawak terkenal tanah air, Harith Iskandar dan Douglas Lim kembali lagi untuk memeriahkan lagi PJ Laugh Fest. Pementasan berbentuk stand-up comedy ini wajar ditonton kerana lawak mereka dipersembahkan bukan sahaja untuk menghiburkan anda malah membantu mengutip dana untuk disalurkan ke tabung hospital selain memperhangatkan lagi pentas teater ini.

 

Tarikh pementasan: 17-19 Mei
Harga tiket: RM60, RM30 (pelajar dan warga emas)
Lokasi: PJ Life Arts, Jaya One, Petaling Jaya

Jumping JellyBeans Party!
Sebuah lagi pementasan yang sesuai untuk ditonton bagi mengisi masa terluang bersama keluarga. Persembahan melucukan oleh Ilaria Ciaramicali dan Shanthini Venugopa ini bakal menunjukkan betapa kelakarnya situasi walau ketika menyediakan makanan sup! Pasangan kreatif ini tentunya tidak akan menghampakan anda sebagai peminat seni pementasan teater.

 

Tarikh pementasan: 24-27 Mei
Harga tiket: RM35 (dewasa), RM30 (pelajar)
Lokasi: PJ Life Arts, Jaya One, Petaling Jaya

 
Project Disko Baldy
Projek Disko Baldi. Judul pementasannya sudah cukup kuat untuk menarik orang ramai menontonnya. Bertemakan sketsa dengan dialog “what the what” atau “gila dowh”, mesejnya banyak berunsurkan jenaka dan mengajuk. Lebih menarik, setiap lagu yang disampaikan juga 100 peratus ciptaan mereka.

 

Tarikh pementasan: 24-27 Mei
Harga tiket: RM35
Lokasi: PJ Life Arts, Jaya One, Petaling Jaya

Actorlympics
Pelakon pementasan ini sememangnya membariskan nama-nama handalan dalam seni lakonan. Afdlin Shauki, Harith Iskandar, Nell Ng, Rashid Salleh, Ida Nerina, Patrick Teoh, Kuah Jenhan, Douglas Lim dan Reza Zainal Abidin adalah mereka yang bakal menggegarkan PJLA menerusi persembahan ini. Berteraskan tema ‘perlawanan’, mereka akan bertanding sesame sendiri mengikut aktiviti atau sukan yang disertai. Pastinya anda akan berasa terhibur menonton kelucuan persembahan menarik ini!

 


Tarikh pementasan: 31 Mei
Harga tiket: RM60, RM30 (pelajar dan warga emas)
Lokasi: PJ Life Arts, Jaya One, Petaling Jaya
*Untuk keterangan lanjut, layari laman web www.pjla.com.my untuk keterangan lanjut.

Speak Your Mind

*

Other BluInc Magazine Titles