Gambar Terkini Mei’11

  • Gaya 40an, bukan satu kesalahan!

    Gaya 40an, bukan satu kesalahan!

    Kembalinya era 40an dalam trend fesyen terkini menjadikan pentas peragaan lebih hangat. Apa tidaknya, selain gaya rambut, solekan dan rekaan pakaian yang kelihatan vintaj, aksesori di kepala mampu menyuntik lagi ciri era itu.

  • Pastinya Chanel!

    Pastinya Chanel!

    Sudah menjadi signature dalam rekaan koleksi Chanel iaitu kot tanpa kolar paras pinggang dengan skirt mini. Untuk menambahkan lagi kelainan dalam gaya, celana boleh menggantikan panty hose sekaligus mampu memberikan inspirasi untuk mereka yang bertudung!

  • Klasik nan menggoda

    Klasik nan menggoda

    Walaupun top dan skirt yang digayakan tidak menonjolkan bahagian badan secara keterlaluan, namun aksesori seperti sarung tangan, bulu di kepala serta solekan yang klasik ternyata mampu menaikkan aura seksi si pemakai.

  • John Galliano knows best

    John Galliano knows best

    John Galliano bukan calang-calang pereka fesyen. Lihat saja rekaan ini yang menitikberatkan soal mewah, klasik, feminin dan fabulous. Kreatifnya ilham Galliano untuk Dior wajar diberi pujian walaupun kedudukannya kini sedikit tergugat disebabkan tindakannya yang disifatkan sebagai racist dalam satu insiden baru-baru ini.

  • Uniknya adibusana rekaan Jean Paul Gaultier

    Uniknya adibusana rekaan Jean Paul Gaultier

    Jika diamati, mungkin rekaan ini diberikan inspirasi burung merak yang punya sifat angkuh namun bebas untuk disaksikan sesiapa saja. Segala perincian seperti hiasan berlisu, berombak, beropol juga fringe mengindahkan lagi gaun bersifat eksotik ini.

  • Gliding to the sea

    Gliding to the sea

    Bagaikan belayar di lautan yang berkaca, rekaan adibusana Giorgio Armani ini diberikan kilauan rona biru metalik untuk gaya yang lebih moden, futuristik dan ringkas namun masih kelihatan mewah kala peragawati menyusuri pentas peragaan.

  • Ringkas tetapi seksi

    Ringkas tetapi seksi

    Jika anda ketandusan idea untuk penggayaan fesyen kala bercuti di pulau, mungkin busana rekaan Badgley Mischka ini boleh ditambat untuk mempelbagaikan lagi koleksi peribadi anda.

  • Vokalis yang semakin mendapat perhatian!

    Vokalis yang semakin mendapat perhatian!

    Jika anda penggemar musik pop indie, anda tentunya mengenali gadis yang terkenal dengan gaya quirky ini. Florence Welch dari kumpulan musik Florence + Machine ini kian menjadi ikon fesyen disebabkan citarasanya yang eksentrik apatah lagi setiap helaian yang digayakan menaikkan lagi warna rambutnya!

  • Pretty princess!

    Pretty princess!

    Persis seorang puteri, rekaan gaun ini pastinya menarik perhatian setiap wanita! Lihat saja perincian taburan bunga di sebelah sudut dengan potongan kembang bermula bahagian pinggang. Mungkin mampu menjadi inspirasi untuk gaun perkahwinan nanti.

Comments

  1. nice n swwets dress….

Speak Your Mind

*