Bedak asas cecair, bedak padat, penyamar noda dan bedak tabur adalah antara bahan solekan asas yang perlu ada untuk melitupi sebarang cela pada wajah. GLAM kali ini mengulas beberapa produk dari jenama terkemuka yang membawa peranan menyerlahkan solekan pada wajah bermula dari peringkat paling awal yang juga bertindak sebagai camouflage untuk mencipta wajah yang lebih bermaya.
Bedak kompak Cellumination Pancake SKII, RM209
.jpg)
Pada awalnya, saya terfikir, harga yang ditetapkan untuk SKII bagi sebuah bedak kompak adalah sedikit mahal berbanding jenama lain. Namun, setelah saya mencubanya sendiri, barulah saya menyedari bahawa teksturnya setimpal dengan harga yang diletakkan. Benar-benar memuaskan! Ini kerana tekstur bedak yang halus persis sutera memberikan hasil litupan yang begitu halus menjadikan wajah lebih segar dan bermaya. Walaupun lebih lapan jam di bawah kondusi berhawa dingin, solekan saya masih kekal dan jika hendak touch up sekalipun, tidak memerlukan tekapan bedak yang banyak. Sedikit sahaja sudah memadai.
Saya percaya, bagi mereka yang memiliki wajah berminyak, tidak mempunyai masalah untuk menggunakan bedak kompak ini.
Bobbi Brown Creamy Concealer Kit, RM135 dan Corrector, RM90



Pertama kali melihat kit yang menyediakan penyamar noda berserta bedak tabur, saya berasa agak kagum. Bersesuaian dengan konsep solekan hanya dalam masa lima minit oleh Bobbi Brown, kit ini memang praktikal. Apatah lagi rona penyamar noda dan juga corrector yang bertindak sebagai penyeimbang ton warna pada bahagian mata, didatangkan dalam pelbagai rona bersesuaian dengan warna kulit wanita Asia. Dimulakan dengan pemakaian corrector di bawah mata diikuti penyamar noda sebelum dikemaskan dengan bedak tabur, saya merasakan aplikasinya mudah untuk litupan menyeluruh. Namun, garisan kedutan di bahagian bawah mata masih kelihatan menyebabkan teknik meratakan penyamar noda terpaksa dilakukan berulang-ulang kali.
Tetapi, terima kasih kepada berus Bobbi Brown Cream Blending berharga RM120, yang memudahkan aplikasi dengan hasil kelihatan lebih kemas dan rata!
Shiseido Translucent Pressed Powder, RM142

Antara sebuah bedak padat halus keluaran Shiseido yang terbaru. Ketika wajah mula kelihatan berminyak selepas berjam-jam memakai solekan, bedak ini mampu berperanan sebagai pengekal bedak asas yang mula-mula digunakan. Juga bijak digunakan sebagai penyudah bedak asas persis peranan bedak tabur. Hasilnya, kulit anda berasa lebih licin, rata dan lembut seakan-akan baru sahaja tamat membuat facial. Namun, saya menyarankan supaya bedak ini tidak digunakan dalam kuantiti yang banyak kerana ronanya yang terang akan membuatkan ton wajah kelihatan terlalu cerah. Ingat, ton kulit wajah selepas disolek tidak boleh terlalu cerah berbanding ton kulit di bahagian leher. Seperkara lagi, bedak padat ini patut disimpan di dalam tas tangan anda ke mana-mana sekali pun kerana ia menjadi ‘penyelamat’ kala muka kelihatan berminyak. Best for touch up!
Namun teksturnya yang halus sukar untuk disangkal. It makes your face feels really smooth!
M.A.C Studio Fix Fluid SPF 15 dan M.A.C Studio Sculpt SPF 15 Foundation



.jpg)
Sejujurnya, kedua-dua bedak asas cecair ini memberikan hasil istimewa yang tersendiri. Bagi Studio Fix Fluid SPF15, wajah saya kelihatan lebih matte dan bermaya sekalipun bedak tabur yang bertanggungjawab sebagai penyudah kepada solekan asas belum diaplikasikan. Biarpun tanpa penyamar noda, lingkaran gelap di bawah mata juga mampu dilitupi dengan baik hanya dengan menggunakan bedak asas cecair ini.
Manakala Studio Sculpt SPF15 Foundation juga memberikan hasil yang memuaskan. Berbeza dengan Studio Fix Fluid, bedak asas cecair ini mampu menghasilkan natural glow pada wajah. Jangan keliru, maksud saya adalah glow dan bukan kilauan yang membuatkan wajah anda kelihatan berkilat. Daripada kulit kusam, penggunaan bedak ini dapat mencipta wajah yang lebih segar.
**Saksikan klip video eksklusif daripada Bobbi Brown tentang teknik mengaplikasikan penyamar noda yang sempurna!




