Pementasan kali ini pastinya memberikan anda suatu bentuk hiburan yang membanggakan. Mana tidaknya, anda bukan sahaja berpeluang menonton teater, malah konsert turut dianjurkan sepanjang bulan April ini di Istana Budaya sekaligus menawarkan kepada anda pelbagai bentuk pementasan untuk dinikmati.
Sebuah monodrama menampilkan pelakon, Rosnan Rahman yang memainkan empat watak berbeza. Rebab Berbisik adalah berteraskan kisah yang mengupas konflik dan dilema keuda-dua anaknya.

Tarikh: 8 April – 11 April
Tiket: RM32 dan RM52
Tempahan tiket: www.ticket2u.biz
Hubungi: 03-4147 8600 / 03-4026 5558
Membariskan tiga jejaka dengan vokal mantap iaitu Ramin Karimloo, Simon Bailey dan pelakon utama filem terbaru KRU Productions, Hikayat Merong Mahawangsa iaitu Stephen Rahman-Hughes.

Tarikh: 15 & 16 April
Tiket: RM80, RM130, RM200, RM300, RM350, RM400, RM480, RM1000
Tempahan tiket: www.airasiaredtix.com
Untukmu Loloq
Pemergian penulis dan pencipta lagu, Allahyarham Loloq meninggalkan kesan mendalam terhadap dunia seni. Karyanya yang begitu tinggi dengan nilai seni, tidak mungkin menemui sebarang pengganti. Artis seperti M.Nasir, Ella, Ramli Sarip dan kumpulan Spider kini bergandingan untuk memberikan penghormatan atas pemergiannya dengan mementaskan konsert ini.
Tarikh: 22 – 24 April
Tiket: RM65, RM85, RM125, RM165, RM205, RM245, RM305, RM450
Tempahan tiket: www.ticket2u.biz
Hubungi: 03-4147 8600 / 03-4026 5558

Wings Opera Hidup bersama OSK

Hampir 3 dekad mewarnai dunia rock tempatan, Wings kali ini tampil berbeza dengan konsert Wings Opera Hidup bersama OSK. Paling menarik, bekas vokalis mereka iaitu Mel dan Mus turut dijemput untuk menyampaikan lagu.
Tarikh: 29 April – 1 Mei
Tiket: RM65, RM85, RM125, RM165, RM205, RM245, RM305, RM450
Tempahan tiket: www.ticket2u.biz
Hubungi: 03-4147 8600 / 03-4026 5558



