Gaya Hidup : 5 destinasi menarik di Perancis

Eiffel Tower mungkin lokasi paling kerap dikunjungi pelancong namun anda sebenarnya berpeluang untuk menerokai lebih banyak destinasi menarik sekitar Perancis! Ketahui lima destinasi yang indah dan unik yang boleh menjadikan percutian anda lebih bermakna.

Alsace

Terletak di sempadan antara Perancis dan Jerman, Alsace adalah wilayah paling kecil dan paling indah memandangkan kawasannya dikelilingi pergunungan Vosges dan the Rhine. Antara trademarks yang dilihat di Alsace adalah perkampungan dengan kebanyakannya dibina menggunakan kayu dan tinggalan castle yang begitu bersejarah. Alsace juga unik disebabkan ciri tradisi Perancis dan Jerman seakan-akan digabungkan menghasilkan suasana yang asli dan tersendiri.

 

Poitou-Charentes

Kedudukannya yang menghadap Lautan Atlantik dan Teluk Biscay sekaligus memberikan impak suasana yang nyaman dan tenang di Poitou Charentes. Juga dikenali sebagai second sunniest region, Poitous Charentes mempunyai beberapa pulau yang cantik. Antaranya Ile d’Aix yang mempunyai kesan sejarah selepas kawasannya dibina dengan benteng kerana dipercayai pernah diduduki Napoleon. Jangan lupa menyinggah Taman Tema Futuroscope untuk menikmati keseronokan tidak terhingga!

 

Rhones-Alpes

Lokasi terbaik untuk percutian dengan suasana sejuk dan dingin! Rhones-Alpes yang terletak di kawasan Tenggara Perancis juga sempadan dengan dua negara iaitu Itali dan Switzerland, destinasi ini pastinya menjanjikan kenangan paling indah. Panorama yang begitu eksotik di pergunungan akan membuatkan anda terpesona. Apatah lagi aktiviti seperti memanjat gunung, mengembara, berbasikal dan berski sekaligus melengkapkan keinginan anda untuk mencuba sesuatu yang baru.

 

Cote d’Azur

Jika anda inginkan percutian dengan gaya nan mewah, eksklusif dan sophisticated, Cote d’Azur adalah jawapannya. Menawarkan resort terkenal seperti Nice, Antibes, Saint-Tropez dan Cannes, anda berpeluang menerokai suasana pantai, glamor juga pemandangan di kawasan perkampungan yang menakjubkan. Antara perkampungan ternama adalah Ramatuelle dan Gassin yang turut dikenali sebagai perkampungan berkembar. Cote d’Azur juga adalah sebahagian daripada kawasan cruise paling popular, French Riviera.

 

Brittany

Brittany adalah destinasi paling popular Perancis disebabkan lokasinya yang dipenuhi dengan kawasan tarikan. Ini termasuk pantai yang mempesonakan, perkampungan nelayan yang unik juga gugusan pulau di pantai Breton juga seni bina bangunan bersejarah di kotanya. Antaranya Morlaix dan Quimper yang sering dikunjungi pelancong yang mahu mengenali sejarah dengan lebih mendalam.

Speak Your Mind

*