DATIN X

Menunggu suami di hospital bosan sekali. Bila sakit yang menjaga si bini tua, konon bini muda sibuk melayan anak-anak, dan yang ‘si tua’ dia ingat kita ini tak ada kerja. Hai, kita ini bukannya tidak sayang tetapi kadang-kadang sakit hati dengan perangai suami. Bila hari senang dihabiskan di sana, macamlah kita ini tidak ada hati perut. Apabila sakit, pandai pula cari bini yang dia tahu akan layan makan dan minumnya dan buat segala yang patut.

Abang sakit apa?

“Abang sakit apa?” tanya si perempuan itu yang tergesa-gesa datang. Matanya merah, “Alahai… dia belum nak mati lagi oii…” kata saya dalam hati pada si madu. Masa itu saya di luar bilik… Namun sempat juga saya jawab, bila dia meluru menuju ke katil… “Eh, laki kau sendiri, kau tak tahu sakitnya? Dia sudah hendak mati baru kau tanya.” Sempat pula tu dia memandang ke belakang, “Tak kak, sa..sa..saya balik kampung. Cuti sekolah, abang tak mahu ikut sebab saya nak balik lama sikit…” “Banyaklah alasan kamu,” kata dalam hati, tapi saya hairan juga, tidakkah si laki memberitahu bini mudanya akan penyakit jantungnya. “Oh…, apa yang kamu gaduhkan sehingga Datuk jatuh sakit?” saya mulalah syak. Ini mesti ada sebab, lagipun suda lama Datuk tidak mengadu sakit, tiba-tiba hari itu belum sejam di rumah, dia terjatuh, pengsan dan terus dibawa ke wad kecemasan.

Kembali kepada cerita bosan, saya pula dengan laptop ini sempat juga buat catatan diari. Lepas ini aku hendak terbang ke London, hendak lama tinggal dengan anak-anak di sana. Kalau laki hendak ikut atau tak mahu, semua terpulang. Kadang-kadang kita perempuan kena keras hati, dan satu lagi, apa masalah dia dengan bini mudanya? Nampak si bini bergaya, pakai Lady Dior, yang terkini lagi. Sakitnya hati… dia yang tidak bekerja pakai Lady Dior… sakit hati terbawa-bawa, dan saya terus balik ke rumah, meninggalkan si tua itu dengan bini mudanya… dengar kata tidak sampai dua jam si bini muda pun belah… Ingat dia hendak duduk layan orang tua sakit? Itu pun laki aku tidak boleh sedar, dia dipergunakan, seperti kata pepatah, ‘bila habis madu, sepah dibuang’.

Special place in my heart

Melalui Bukit Damansara, untuk ke rumah Tengku Hanum, saya termasuk lorong salah. Kadang-kadang bila minda dibawa jauh mengelamun, kita memandu pun mengikut arah yang kita biasa. Dan saya berhenti di kediaman lama, dan boleh pula saya tertekan hon sebab kereta yang di dalam kawasan rumah itu sebiji macam kereta si suami. Upp, seorang perempuan keluar, berseluar pendek, ketat, baju singlet nampak baju dalam. Upp, bukan main, siapa pula laki aku bawa, jerit di hati. Dia lantas bertanya, “Cari siapa,” menengok saya terpacak di pintu pagar.

Anak Datin mengadu emaknya…

Masa itu saya masih ingat itu rumah saya…”Hai rumah akulah…kamu ini sapa, di rumah aku…?” “Puan, excuse me, this is my house!” Ya Allah baru tersedar… Maaf-maaf, saya nyanyuk kot, dulu saya tinggal di sini dan jual rumah ini.” Okey… sila masuk,” pelawanya. “Tak-tak-tak… saya mahu ke rumah kawan, bukan di sini pun di Jalan Setia Kasih…” Sebut Setia Kasih, teringat pula saya kepada bekas tunangan saya dulu… bila hantar surat dia mesti sain suratnya dengan perkataan ‘setia kasih’. Apa khabarlah dia? Kenapa dulu aku putus tunang ya?” Agaknya berapa bininya? Sebab kalau si

Datuk X saya itu boleh hendak kahwin sampai tiga (mujur yang ketiga tak jadi), dia tentulah lebih. Ya-ya saya putus dulu pun sebab ada perempuan sudah datang kepada kata dia girlfriend tunang saya. Saya pun terus panggil si tunang… marah-marah-marah sampailah akhirnya saya sudah tidak percaya dia lagi dan setahun kemudian putus. Perempuan, saya hendak ajar kau orang semua… kita jangan cepat give up, kalau kita rasa kita hendak dia lagi, fight for him. Ramai perempuan-perempuan di luar sana yang sememangnya kurang ajar… cuba mengaku ini mengaku itu… walhal tiada apapun. Dan itu yang terjadi pada saya, tunangan saya itu difitnah sebab perempuan itu memang gila sangat dengan dia. Akhirnya dia berjaya buat saya lepaskan tunang sendiri. Soalannya dia orang kahwin tak? Tidak juga. Sebab bekas tunang saya kata, dia takkan cari perempuan yang gilakan dia, sebaliknya dia mahu cari perempuan yang dia gila… barulah best! Itu katanya! Oh ya… bila saya undur kereta kemudian, saya renung balik ke rumah itu. Air mata mengalir… terkenang cukup banyak peristiwa di rumah itu… di situ anak-anak lahir, sekolah dan membesar, kemudian kita jual tetapi hati tetap ke situ, sesekali hanya pusing-pusing hanya kerana terkenang zaman penuh menyeronokkan… ya, rumahnya tidak sebesar mana tetapi I am very –very happy there. Mungkin ini sebagai peringatan, kalau hidup kita sudah amat menyeronokkan tinggal di satu tempat itu, dan rasa selesa, dan rasa so many great incidents berlaku di rumah itu, lupakan mencari rumah baru yang kita tidak tahu sama ada suka atau apa! Kadang-kadang rumah sahaja yang besar (maksud rumah baru yang dipilih itu) tapi ‘jiwanya’ kosong dan memang pun kosong sebab anak-anak di perantauan. Macam rumah saya sekarang, ada tujuh bilik. Digunakan hanya dua, satu master bedroom dan satu lagi bilik maid…. Nak tunggu anak balik, setahun sekalipun jarang….!

Speak Your Mind

*

Other BluInc Magazine Titles