BIBIR MERAH LE’ FRENCH

Merah itu klasik. Merah juga seksi. Dapatkan gaya solekan yang mampu menghidupkan mood feminin dan menggoda hanya dengan mengoleskan gincu merah pada bibir bak fashionista Perancis! GLAM bulan ini membawakan gincu Dior Addict untuk dipersembahkan agar solekan tampil sempurna.
 

Maskara, Diorshow 360 Mascara, RM128
Gincu Dior Addict in 745, RM90
Pembayang mata Dior 5Couleurs Designer in 018, RM195
Bedak padat, Dior Skin Forever Poudre Compact in 001
Penggaris bibir, Dior Contour Levres in Poussiere De Rose

Tentang Gincu Dior Addict

Barisan gincu Dior Addict yang dianggap iconic oleh Dior sebenarnya menjadikan model terkenal dunia, Kate Moss sebagai sumber inspirasi pereka Dior, John Galliano. Personalitinya yang liar dengan wajah yang mulus sekaligus memberikan ilham untuk John bersama-sama Dior mencipta satu lagi produk solekan khas untuk wanita yang gemarkan keberanian dalam berfesyen.

 

 

Disebabkan itu juga, Dior tidak ragu-ragu untuk memilih Kate sebagai wajah gincu Dior Addict memandangkan statusnya sebagai model dengan wajah dan lenggok badan yang eksotik sukar untuk disangkal.

Menampilkan 44 rona berbeza, Dior yakin gincu yang diperkenalkan adalah antara warna fesyen yang ‘hot’ dengan setiap satu berharga RM90.
Ikuti klip video yang menampilkan Kumpulan Profesional Antarabangsa Dior, Ivan Chiu dari Taiwan dan Kim Seong Won dari Korea dalam memberikan tips untuk mencipta iconic looks menggunakan Gincu Dior Addict.

Speak Your Mind

*

Other BluInc Magazine Titles