Marini Ramlan, “Pakaian di bundle, ada sejarahnya yang tersendiri.”

Seorang wanita yang gemarkan seni dan digabungkan dalam fesyen. Itulah Marini Ramlan ketika ditemubual mengenai citarasa dirinya dalam pemilihan fesyen dan gaya. Gadis tinggi lampai yang menjawat jawatan Pengurus, Pembangunan Kandungan Primeworks Studios, Media Prima Berhad dilihat lebih menggemari gaya yang realistik dan selesa.

Di mana butik yang sering dikunjungi Marini untuk membeli-belah?

Saya sebenarnya suka membeli-belah dalam online dan bagi butik pula, saya sering berhabis di Eclipse untuk basic tops and pants. Selain itu, Zara juga kegemaran saya kerana mereka mempunyai saiz pakaian yang paling sesuai dan selesa untuk gaya harian. Sementara dress pula, saya sukakan gaya yang vintage dan lokasi paling mudah untuk mendapatkannya adalah di bazar sekitar Kuala Lumpur. No matter how much the price is, saya akan tetap membelinya dan harga dress yang paling rendah dibeli adalah RM5 iaitu di salah sebuah butik bundle.

 

Bundle? Tidakkah wanita agak kurang selesa membeli-belah di bundle disebabkan pakaian yang dijual pernah dipakai orang lain?

   

Saya sukakan ideanya dimana pakaian bundle pernah dipakai orang lain sebelumnya. Bagi saya, pakaian di bundle ada sejarahnya yang tersendiri. Pemilik wanita asal memilih pakaian itu kerana itu gayanya dan kita sebagai pemilik kedua mewarisi gaya mereka cuma dipadankan mengikut citarasa sendiri. It's amazing and exciting. Saya pernah membeli dress berwarna hitam dari bundle yang diperbuat daripada kain sutera dan potongannya yang begitu klasik dan vintage membuatkan ramai kenalan memuji gaya saya ketika itu. In fashion itself, the style gets recycled. Jadi, bundle juga menekankan konsep recycle. Tidakkah ia menyeronokkan?

 

  

Adakah Marini dikategorikan sebagai shopaholic yang gemar ke luar negara untuk membeli-belah?

Ramai yang menganggap saya mempunyai huge wardrobe. Saya membesar dengan seorang ibu yang mendidik supaya mengamalkan mix and match untuk bergaya. So, you buy several things that you like and mix it up, padankan dengan aksesori dan nah, itu gaya peribadi anda. Tidak semestinya anda perlu membeli pakaian yang diperagakan di runway untuk tampil bergaya. Sekalipun saya mempunyai wang yang cukup untuk memilikinya which is nice to have those tetapi memikirkan soal ekonomi dan practicality, to me it’s not wise. Saya bukan jenis wanita seperti itu.

It’s tropical and no fall but it’s nice to be inspired by the trend

 

 

 

 

Bercakap tentang gaya, adakah Marini sering merujuk kepada trend untuk disesuaikan dengan imej?

Saya berterus-terang, saya tidak pasti sama ada gaya saya 100 peratus dipengaruhi trend tetapi saya akui, saya banyak melihat bagaimana wanita lain berpakaian dan menyelak majalah untuk melihat fesyen yang diulas. Namun begitu, saya tidak melayari laman web untuk mengetahui trend paling terkini. Jadi, apabila orang ramai bertanyakan kepada saya tentang apakah gaya saya untuk musim pada waktu itu, saya tidak tahu bagaimana untuk menjawabnya.

Kerana di Malaysia hanya ada dua musim iaitu panas dan hujan. It’s tropical and no fall but it’s nice to be inspired by the trend. Cuma kita perlu bijak untuk menggayakannya mengikut kesesuaian cuaca di sini. I wish there’s tropical season collection. Haha!

Siapa ikon fesyen Marini?

(terdiam lama) Ikon fesyen saya sebenarnya bercampur! Saya suka melihat Sophia Loren dan Farraw Fawcett. Bukan hanya disebabkan apa yang dipakai mereka tetapi cara pembawakan mereka in public. Mereka adalah wanita yang cantik. Seperti Farrah, aktres itu tidak sekadar feminin, dia juga seorang wanita yang kuat dan tabah. Jadi, saya bukan memilih ikon itu disebabkan fesyen tetapi lebih kepada idea dan konsep.

Untuk mendalami lagi citarasa si gadis tinggi lampai ini, saksikan klip video di bawah yang dibawakan khas untuk peminat setia GLAM.

Comments

  1. Fashion babylon says:

    yes..bundle..bukannya tak menarik..kalau kita pandai mix and match well there's go the magic! Like been said before..it has its own story..behind the scenes..huhuhu

  2. Marivic Guerra says:

    Marini Ramlan In my Opinion she is a woman with class she is trendy yet sophisticated.
    She has her own style a very beautiful exotic look, we Asian should be proud when we look and admire her!

Speak Your Mind

*

Other BluInc Magazine Titles