Solekan nan anggun untuk siang dan malam

Berwajah segar kala matahari menyinar, tampil menggoda kala bulan mengambang. Dengan sentuhan magis, rias pada wajah mampu menyerlahkan lagi keanggunan pada wajah.

Solekan siang

Morphorium Blue Palette Sedikit sapuan pembayang mata berona kuning kehijauan, menjadikan bahagian mata lebih ceria dan fun.
Burberry Eye Definer, RM78 Untuk mengemaskan lagi solekan, gariskan eyeliner untuk menonjolkan bahagian mata.
Shiseido Spot Control Base UV Bertindak sebagai kontras kepada solekan pancawarna, teksturnya mampu menjadi asas solekan yang sempurna.
Topshop Lip Polish, RM33 Warna tangerine pada bibir mampu menerbitkan keceriaan, kesegaran dan keriangan pada bahagian wajah.
 
Laneige Fresh Modernis Blusher Pembayang pipi yang lengkap dengan rona yang diperlukan untuk menyerlahkan warna pic pada bahagian pipi.
Effortless Mascara, RM108 Maskara pada bulu mata bukan sahaja mampu melentikkan, malah menonjolkan daya dramatik yang menawan.
 

Solekan Malam


 
Guerlain Ecrin 6 Couleurs Menyediakan enam rona berasaskan rona intense fuchsia mampu menyerlahkan lagi warna ungu yang seksi pada bahagian mata.
Clarins Wonder Volume Mascara, RM82 Miliki sexy hue dengan mengenakan maskara ini yang dicipta dengan berus fleksibel untuk menggunakannya dengan lebih mudah.
Clarins Instant Smooth Line Correcting Concentrate, RM100 Untuk solekan yang lebih sempurna dan kemas, gunakan alat solek ini pada bahagian muka dan pipi.
Anna Sui Lip Gloss, RM75 Sekali lagi rona tangerine menjadi pilihan terutama pada musim panas dan bunga 2011 untuk dioles pada bibir.
Burberry Natural Blush, RM140 Ronanya yang natural dan tidak keterlaluan mampu menonjolkan lagi tulang pipi agar wajah kelihatan lebih tajam dan kemas.
Laneige Liner & Mascara Gaya Dari mata jatuh ke hati. Tekstur eyeliner yang turut didatangkan dengan maskara menjadikan masa untuk bersolek lebih pantas dan mudah!

Speak Your Mind

*

Other BluInc Magazine Titles