Pilihan Personaliti: Sharina Tan

Seorang ibu yang sibuk menguruskan anak-anak, seorang wanita yang cenderung terhadap minat dalam lensa kamera. Itulah Sharina Tan. Namun dalam kesibukannya, soal gaya masih tetap menjadi keutamaan. “Fesyen adalah ekspresi yang terhasil sendiri. Jadi gaya saya perlu kena dengan sentuhan peribadi dan tiada paksaan-biarkan inspirasi itu terbit dengan sendirinya,” kata wanita yang kini menjangkau pertengahan 30-an.

Sibuk dengan tugas ke sana ke mari, Sharina menganggap keselesaan dalam berpakaian adalah amat penting. Namun, Sharina juga menganggap pakaian yang dipilih perlu elok dengan susuk badan. Sebagai pelengkap kepada kelainan dalam stail, katanya berimaginasi adalah cara terbaik untuk tampil menarik.

Antara label fesyen kegemarannya, Sass & Bide, Zimmerman dan Alice + Olivia. Tetapi jangan disangka wanita bertubuh kecil molek ini sebenarnya mempunyai minat yang jauh lebih mengejutkan. Muay Thai dan kickboxing antara hobi lasak Sharina manakala kebolehannya dalam fotografi juga membuktikan versatility dirinya untuk bebas melakukan apa sahaja yang diminatinya.

 

Tas tangan Monogram Louis Vuitton yang oversized miliknya memudahkan Sharina melaksanakan tugas ke sana sini.

 

Dress koktel yang diperbuat daripada fabrik broket antara yang paling disukainya.

 

Aksesori cincin dengan perincian gula-gula dan hati serta gelang dempak bertatahkan hiasan berona jingga antara aksesori yang menjadi pelengkap gayanya.

 

Sepatu baji Dolce Gabbana turut menjadi koleksi peribadinya yang dibeli di market di Australia.

 

Boxing gloves dipakai kala melakukan hobi terbarunya, kickboxing sesudah menghantar anaknya ke sekolah.

 

Alat solek mekap Dior sememangnya kegemaran Sharina. Lipgloss Dior ini sentiasa dibawanya untuk kelihatan segar sentiasa.

 

Pewarna kuku O.P.I yang kini digunakan Sharina.

 

Aksesori yang mempunyai ciri eksentrik memang disukai Sharina. Antaranya anting-anting yang dibelinya dari MNG.

 

Dress labuh dengan perincian gangsa dibelinya sempena sambutan ulang tahun perkahwinan teman baiknya.

Speak Your Mind

*

Other BluInc Magazine Titles