Di kalangan kawan-kawan baik Datin X, hanya Datin X sahaja belum disentuh mukanya oleh jarum Botox. “Puan Seri kenal saya, saya ini penakut. Tengok jarum, seram. Apatah lagi dicucuk di muka, Allah… takutnya saya,” kata saya satu pagi pabila didesak oleh kawan baiknya Puan Seri Hanum supaya membuat janji temu dengan pakar.
“Datin, he is not an ordinary doctor yang kita tidak tahu background, dia terkenal di Singapura.”
Dan inilah yang saya hendak cerita, kebelakangan ini ramai sekali orang kita yang sudah berani sua muka tanpa dilihat dulu kredibiliti doktor tersebut. Mereka gather 10 atau lebih kawan-kawan, buat kat rumah satu orang, dan orang berkenaan free of charge sebab bawa pelanggan.
Please-please-please, kawan-kawan oii… jangan, kalau hendak buat pergi ke hospital atau klinik bertauliah. Ini mengenai muka, bukan kat punggung yang boleh ditutup? Tolonglah, kalau sayang muka dan tidak sayang nyawa itu bukan caranya. Duit boleh dicari!
Tak sayang nyawa
Ada orang tidak sayang nyawa dan ada orang pula tidak sayang mulut dan tak sayang jari (ini terma baru) sebab jari tekan telefon, hantar sms, twitter dan sebagainya.
Ini perempuan dia ingat dia best sangat dapat kahwin dengan seorang Datuk, dan konon hendak hebohkan pada teman-teman… yang tak pakai nama Z lagi tetapi bermula hari itu Datin Z! Dan terus perkenalkan pada kawan-kawannya siapa Datuknya itu.
“Ya, Rabbi Alamin, dia bukan sahaja diserang oleh si Datin bini tua lakinya itu (yang dikatakan sudah lama bercerai tapi sebenarnya tidak) tetapi lima kereta kawan-kawan Datin ni pergi ke rumahnya… sesampai terus dimaki dihamun dengan segala bahasa kesat, bahasa lucah disembur kepadanya malah sampai menelanjangkan dia… Dan dia orang kata, kalau berani telefon polis, buat report… tak berani pula tu…”
Itulah kadang-kadang perempuan-perempuan sekarang gila glamor sangat. Ya Allah, tolonglah… kalau sudah ambil laki orang itu, diam-diam jalani hidup. Jaga laki baik-baik dan jaga maruah diri. Setakat diludah sudah cukup menyakitkan hati tetapi kalau gigi patah dan muka koyak rabak macam mana? Jangan menangis tak berlagu nanti!
Anak Datin mengadu emaknya…
Hari itu saya terdengar dekat radio, ada anak menghubungi stesen radio, mengadu emak dan ayahnya masih sebumbung tetapi masing-masing ada kehidupan sendiri, ada affair di luar. Dia yang sudah kahwin bukan sahaja malu dengan perbuatan emak ayahnya, tetapi tidak mahu bersubahat lagi. Bila saya dengar, memang saya kesian dengan anak-anak ini.
Memang susah nak cakap, bila anak kawan saya pun ada mengadu, emaknya masih dengan boyfriendnya, sedangkan emak ayahnya tidak pernah bercerai. Kata anak kawan saya ini, sudah tidak larat nak cakap lagi…
“enough, kamu jangan nak ajar mama… sapa tanggung makan kamu? Ayah kamu? Sesen pun dia tidak pernah beri kamu, tahu tak? Sapa yang jaga kamu dari kecil, ayah kamu. Hey, sapa bawa kamu klinik kalau kamu sakit? So, kamu should be thankful to your daddy, okey?”
” Mama, salah perbuatan itu dari hukum agama?”
“Sudah tidak perlu cakap hal agama, mama ada life sendiri? “
“Yalah, kenapa tak cerai dengan papa dan kahwin dengan Daddy?”
?” Helo, itu bukan urusan awak, mama happy, dengan life sekarang. Ayah awak pilih kahwin dengan bininya tapi mama pilih hidup macam ini. Awak tahu tak Kristian tak boleh kahwin dua, dan dia pun tak mahu ceraikan bininya, faham?”
Oh, my god, 20 years. … emaknya hidup begitu…. Tidaklah hari-hari lelaki yang dipanggil daddy itu datang ke rumahnya, tetapi bila dia besar, dia fahamlah keadaan emaknya itu… yang tidak pernah berkahwin dengan daddynya.
“Auntie, Lia sedih gila… bila Lia dapat tahu mama Lia tidak pernah berkahwin dengan daddy, Lia rasa berdosa sangat… tolonglah auntie… beritahu mama sebab Lia tak tahu nak buat apa lagi."
Kesian si Lia… tapi kita setakat boleh menasihat, kalau sudah umur hampir 60 tak mahu taubat nak buat macam mana?
Cerita fasal perempuan 60 tahun
Masa Datin X jalani kursus jangka pendek dalam bidang komunikasi di Australia zaman muda-muda dulu, Datin X adalah kenal seorang wanita Melayu. Kawan-kawan macam itu sahaja sebab dia pun memang tak mesra mana, orang kata dia sombong sebab boyfriendnya anak Cina kaya Singapura, dan mereka memang tinggal di bilik sama. Who cares!
Empat puluh lima tahun along the road, saya terserempak perempuan ini balik. Dah tua tetapi ranggi macam dulu juga. Saya dengan geng-geng ‘lepak’ di lounge satu malam…
Kadang-kadang kita perempuan perlu ada waktu untuk bersama, cakap fasal fesyen, fasal anak-anak, gosip sana sini dan sebagainya.
Jadi meja sebelah dia, huh sepanjang malam minum-minum-minum… buat saya takut tengok. Budak muda di sekelilingnya, bila ‘high’ boleh duduk atas meja, berdiri dan nyanyi-nyanyi sambil usap budak-budak muda di sekelilingnya.
Entahlah, kebelakangan ini yang saya lihat bukan budak-budak muda belasan atau awal 20-an yang tergedit-gedit tapi emak-emak dan mungkin boleh dipanggil nenek yang buat hal. Saya akui pada usia 50-an malah 60-an tidaklah gayut macam opah-opah kita, sebab wanita hari ini pandai bergaya dan pilih baju cantik-cantik.
Masih tegang buah dada… Pun kawan-kawai oii… berpada-padalah dalam tingkah laku. Sometime kita rasa tak apa, we just want to have fun, tetapi sebenarnya perbuatan kita memalukan orang sekeliling. What more bila ditengok-tengok, muka sudah banyak sekali kedutnya!



