
Sekalipun usia sudah menganjak ke 30-an, tiga wanita ini tetap mempunyai aura tersendiri. Cantik, berkerjaya dan raut wajah yang seksi seolah menjadi pakej sinonim bagi Raja Endon Mastura, Syafinaz Selamat dan Nita Hamzah. Namun, persamaan ketara mereka yang menjadi persoalan, they’re still single!

RAJA ENDON MASTURA
Kekesalan bukan dalam kamus hidup Raja Endon Mastura. Mastura yang baru saja menamatkan hubungan cinta yang bertahan tiga tahun menjadikannya lebih berwaspada terhadap lelaki.
“Memang dia antara lelaki budiman, hati pun baik dan biar lah hanya sebagai sahabat baik bukan lagi teman lelaki.”
Pun begitu, kesibukan tugas baru sebagai Eksekutif Pembangunan Perniagaan di sebuah syarikat menjadi ‘teman barunya’ kini.
Ditanya ciri lelaki yang boleh menawan hatinya, “Lelaki itu mestilah seorang yang bijak dan tahu apa yang dia mahu dalam hidup juga with sense of humor.
At this age, it’s not about partying anymore, dia mesti sentiasa fokus dan bercita-cita tinggi.“

SYAFINAZ SELAMAT
“Sejujurnya saya sudah bosan dengan soalan itu. It’s an invasion of my private life!” Itu antara jawapannya ketika disoal, why Syafinaz Selamat is still single. Masakan tidak, jelita, terpelajar dan dikenali ramai, mustahil hatinya masih belum dimiliki. Tetapi cinta terhadap muzik sukar disangkal Syafinaz hingga digelar workaholic.
“I’m here for my music. Mahu dihormati kerana muzik dan usaha saya. Jadi tak perlulah saya nak menjaja cerita peribadi.
”Dengan jadual harian yang padat sebagai penyanyi professional dan pengajar, Syafinaz akui masa untuk bercinta agak terhad.
“I believe that God has everything lined up for every single person on earth. Jika ditakdirkan suatu hari nanti saya bertemu cinta, saya akan terima dengan hati terbuka.”

NITA HAMZAH
Luka hati yang terlalu dalam akibat putus cinta pernah menjadi episod hidup penyanyi tinggi lampai, Nita Hamzah. Tetapi pengalaman pahit itu menjadikannya lebih tabah pada hari ini.
“Saya anggap hari-hari itu sudah lama berlalu dan tidak perlu diingat-ingat lagi. Kalau kita terus tenggelam dalam perasaan duka dan gelisah, kelak boleh memakan diri.” Sesudah bergelar single kembali, Nita mula berjinak-jinak dengan aktiviti skuba yang kini menjadi hobi terbarunya.
Akuinya kebanyakan masa dihabiskan di pulau-pulau hingga sanggup belajar dan lulus lesen menyelam.
Bercakap tentang pengajaran cintanya yang kecundang,”Jangan terlalu mencuba untuk menggembirakan hati pasangan anda. Percayalah, itu tidak akan membawa anda ke mana. Never be a pleaser, be a teaser!”




