Fesyen 2011 wajar diberi perhatian. Menjelangnya musim bunga panas yang kembali mewarnai dunia fesyen, gaya individu tidak lengkap tanpa aksesori tas tangan yang terkini.
Serlahkan ikon fesyen yang terpendam sekalipun kesibukan tugas sebagai wanita alaf moden tidak mampu ditangkas.

Rekaan moden dengan potongan klasik, tas tangan ini pasti menampilkan gaya yang lebih berani. Ditambah dengan rantaian emas dan patung kecil palace guard menonjolkan lagi perincian yang unik. Alexander McQueen

Merah tanda garang. Namun tidak ramai tahu, merah simbol keyakinan. Lengkap dengan gold zipper di bahagian tepi dan depan menampilkan rekaan beg komputer riba yang kemas dan simple namun tetap kelihatan gah. Balenciaga

Geometri jelas menjadi inspirasi rekaan. Corak geometrik pada permukaan clutch dengan potongan bersegi, menambahkan ciri retro. Sesuai digayakan kala mood playful bermain dalam hati. Bvlgari

Beg tote kulit yang menampilkan gaya mewah. Ke pejabat mahupun keluar lunch, koleksi ini mudah digayakan bagi mereka yang sukakan fabulosity. Bottega Veneta

Wristlet berona kuning terang menambahkan gaya fun. Potongan yang ringkas namun tetap tidak menghampakan untuk penggayaan yang lengkap kala bersiar-siar. Fendi

Perincian mewah, halus dan kemas antara ciri yang jelas ditonjolkan pada beg clutch ini. Kala membimbitnya ke acara makan malam, parti mahupun majlis perkahwinan, pasti ada mata cemburu yang melirik. Louis Vuittion

Rona birunya sudah cukup melembutkan hati sesiapa pun untuk memilikinya. Direka dengan rantaian perak yang ringkas, potongannya juga easily absorb untuk gaya yang sophisticated. Kate Spade

To the beach, we go! Tidak akan lengkap gaya ke pantai tanpa aksesori beg yang memukau. Fabrik biru bercorak menghasilkan gaya yang lebih muda. Boleh dibimbit dengan aneka gaya. Bottega Veneta

Bagaikan serpihan kristal meletus di udara. Didatangkan dengan tiga rona, beg clutch ini direka dengan potongan bersegi. Sesuai digayakan ke parti, clutch dwi warna ini diberi sentuhan corak eksentrik yang memukau. Bvlgari

Tas tangan ini punya tarikan tersendiri. Corak pada latar belakang permukaan beg masih mengekalkan the trademark pattern. Kaya dengan rona biru yang menonjol, sekaligus menghasilkan ciri kontra yang begitu unik. Versace



