Promosi Beyonce

Penuh berwawasan, menjadi ikutan dan rujukan dalam fesyen. Beyonce memperluaskan empayar dengan mengetengahkan haruman terbarunya, Beyoncé Heat.

Hati tertawan dengan haruman moden yang berapungan di udara, Beyoncé Heat merungkai ekspresi feminin bersulamkan bunga-bungaan, buah-buahan dan kayu-kayan.

Harum semerbak dengan bauan bunga magnolia, neroli dan orkid vanila merah yang diramu bersama pic masak ranum.

Nota hati disemarakkan nota makaroon badam, madu bunga bebuas manis dan crème de. Gabungan aroma kasturi mewujudkan rasa penuh berahi. 

Nota panas dan seksi sequoia milkwood, kacang tonka dan ambar melingkari kelalang merah samar menanti si arjuna mengucup harumannya. Kehangatannya jelas terasa. Sempadan realiti dan fantasi menjadi kabur ketika pesona Beyoncé Heat menakluki hati.

 

*Dapatkan borang penyertaan di majalah.

Speak Your Mind

*

Other BluInc Magazine Titles