Harap maklum, portal rasmi GLAM telah beralih ke http://glam.my

Swinging 60′s di malam 20 Most Glam

Ada hadir jelmaan Twiggy, Verushka, Grace Kelly, Betty Draper tidak lupa Audrey Hepburn di malam ‘Swinging 60’s’ merai 20 wanita ‘Most GLAM 2010’.

Daripada rambut ke kaki, kesemua tetamu GLAM bukan main bersiap dengan solekan ala 60-an dan persalinan serba warna warni,tidak lupa skirt mini.

Ada juga yang menggayakan dress lama yang suatu ketika pernah menjadi milik ibu. Tahun-tahun terdahulu lalu, tema malam ‘20 Most GLAM ‘ selalunya glamor, ini kali pertama malam ‘20 Most GLAM’ bertukar mood. Kelab Celcius yang baru sahaja dibuka di pusat beli-belah Fahrenheit juga dihias selari dengan tema 60-an.

Foto-foto wanita ‘20 Most GLAM’ dicetak besar dijadikan hiasan di sekitar pintu masuk kelab Celcius. Vespa-vespa warna-warni didatangkan khas dari Naza Premira Sdn Bhd menghiasi karpet merah dan picture wall.

Memang vespa-vespa dari Naza Premira ini antara tumpuan malam itu. Mana tidaknya, Vespa dan era 60-an kan cukup sinonim sekali.

Anita Sarawak hadir awal sempat menemu bual Ketua Pengarang GLAM,Wirda Adnan dan selesai sesi beramah-mesra dengan Kak Nita, Asia, NTV7, TV3 dan hampir kesemua stesen mencelah. Simone Zahnita Wilson antara ‘20 Most GLAM’ yang awal melewati permaidani merah.

Datin Emilia Hanafi hadir bersama suami Dato’ SM Faisal SM Nasimuddin. Dalam kesibukan jadual, Dato’ SM Faisal sempat menemani isteri ke malam istimewa ini.

Kata Dato’ SM Faisal, dia cukup bangga kerana isterinya terpilih dalam senarai ‘20 Most GLAM’ tahun ini. Lagi hadir bersama suami Che Puan Sofia Erica dan Sazzy Falak. Keduaduanya dalam persalinan inspirasi Audrey Hepburn.

Vespa Piaggio dikatakan paling stylish, chic dan nostalgia, bertepatan sekali dengan era 60-an

Nora Danish juga antara tumpuan malam itu, dress rona coklat keemasan dan rambut bersanggul rapi inpirasi 60-an.

“Bukan selalu dapat bergaya stail 60-an, rasa seronok sekali mengimbau dan menyelami zaman selebriti ikonik seperti Audrey Hepburn dan Saloma”, kata Nora Danish.

Izrin Ismail hadir bersama inspirasi Betty Draper berjaya diterjemahkan. Maya Karin sempat singgah seketika dalam kesibukan jadual penggambarannya. Malam bermula dengan persembahan Nurul yang hadir dengan gaun labuh rekaan Rizman Ruzaini. Deborah Henry selaku hos malam memilih dress sekuin pendek. Selesai Wirda, kesemua tetamu yang hadir tertumpu pada pentas utama.

Nama-nama 20 Most GLAM’ dipanggil satu persatu, menerima hadiah set kecantikan Lancome, hadiah istimewa daripada Tiffany & Co dan potret eksklusif yang dibingkaikan.

Kemudiannya, team GLAM mengumumkan pemenang-pemenang pakaian tercantik malam itu, Dahlia Nadhirah, Elyna Effendi, Mustasha Musa, Iz Sulaini, DJ Goldfish dan Al Hadi antara yang terpilih manakala Saadiah Aziz dan Puan Sri Czarina menjadi pemenang utama.

Malam tidak berakhir begitu sahaja, DJ Goldfish mula memainkan irama-irama 60-an dan lama-kelamaan lantai dansa mulai sesak.

VESPA & ERA 60-AN Gaya

Gaya hidup automotif sebahagian daripada fesyen, itu kepercayaan Naza Premira Sdn Bhd yang menghimpunkan vespa-vespa di Malam ‘Swinging 60’s ‘20 Most GLAM’.

Vespa Piaggio dikatakan paling stylish, chic dan nostalgia, bertepatan sekali dengan era 60-an. Mengimbas kembali, pada 1960, vespa adalah kenderaan asas, popularitinya membuatkan vespa antara kenderaan idaman.

Menjelang 1962, vespa menjadi elemen utama di dalam setiap filem-filem yang diterbitkan, juga popular menghiasi iklan-iklan cetak. Selebriti seperti John Wayne, Ursula Andress, Charlie Chaplin, Natalie Wood, dan William Holden acap kali dirakam bersama vespa mereka.

 

TIFFANY & CO

Sewaktu penggambaran 20 Most GLAM sekitar September lepas, Tiffany & Co menaja setiap barangan kemas mewah yang dmenghiasi wanita Most GLAM 2010. Setiap satunya daripada koleksi terkini. Kebetulan pula, tema 60-an sinonim dengan jenama Tiffany & Co.

Sekali lagi di malam ‘Swinging 60’s Most GLAM’, Tiffany & Co turut menaja cenderahati istimewa buat kesemua wanita ‘20 Most GLAM’ dan buat pemenang ‘Best Dressed’. Setiap wanita ‘20 Most GLAM’ membawa pulang sebatang pen eksklusif Tiffany Blue Lacquer dan pemenang ‘Best Dressed’ pula membawa pulang Crystal Bow Box.

Speak Your Mind

*