Produk cantik pilihan GLAM 2010

1. Pemerah Pipi

Givenchy Le Prisme Blush Blooming RM 168 Blush sentiasa tampil ikonik. Adunan harmoni empat warna bersama, kombinasi dua nuansa merah jambu dan perang mencipta seri rosy blush semula jadi.

2. Bedak Kompak

Shiseido Sher Matifying Compact SPF22 (Refill) RM 129, (Case) RM50 Bedak bebas minyak yang memberikan kemasan satin serta matte sepanjang hari. Tekstur ultra halusnya menyamarkan kesan poripori, kulit kusam dan bintik gelap.

3 Bedak Asas

Lancome Teint Miracle RM130 Bersama teknologi Aura-Inside ™, Lancome mencipta bedak asas pertama beri ilusi kulit sempurna dengan pantulan cahaya natural serta hidrasi 18 jam lamanya.

4 Penanggal Solekan

Laura Mercier Gentle Eye Makeup Remover RM79 Formula botani menenangnya ideal buat kulit sensitif. Menyegar, membersih semupurna tanpa kesan minyak.

5 Bedak Tabur

Guerlain Meteorites Perles Illuminating Powder RM182 Dengan konsep decomposition dan recomposition cahaya, guerlain tampil bersama produk ikonik ini. Meteorites menyuntik seri maksimum serta menyamarkan garis halus serta-merta.

6 Primer

Shu Uemura Stage Performer Instant Glow RM155 Krim multi-fungsi untuk menyempurnakan kemasan akhir solekan sambil memberi seri semula jadi. Merumuskan ekstrak daun Ginko buat melawan pengoksidaan.

7 Bedak Tabur

Mineral Dior Skin Nude Hydrating Loose Powder Makeup RM140 Partikel mikro mica dirumus membias cahaya sekali gus beri kulit seri ekstravaganza. Layangkan pada Zon T terutamanya buat menyingkir kilatan.

8 Penyamar Noda

Benefit Confessions of a Concealholic RM148 Menghimpunkan sembilan produk all star Benefit dalam satu kit, terkandung antaranya penyamar noda, primer, pencerah dan juga buku panduan penggunaan.

9 'Highligher'

Cosme Decorte AQ Nuance Glow RM159 Beri ilusi manipulasi cahaya buat kontur muka sempurna bersama tekstur ultra halus dan rumusan Gold Colloid powder.

Speak Your Mind

*

Other BluInc Magazine Titles