
Seni yang boleh dipakai. Inilah yang menjadi tanda dagangan dan pameran. Diterbangkan dari Venice, Italy, Lawatan Trina Tygrett ke Shalini Ganendra Fine Art baru-baru ini telah menjadi wadah yang mempamerkan seni barang kemas.
Dilahirkan pada 1974, dia artis yang banyak menghasilkan seni daripada kaca. Trina Tygrett yang berasal dari Amerika Syarikat telah berkahwin dengan keluarga Giorgio Nason dari Itali yang juga ahli keluarga Murano.
Perkahwinan ini telah menyebarluaskan lagi DNA kreatifnya. Keluarga Murano memang terkenal dan sudah sekian lama mengusahakan pembuatan kaca di Itali, iaitu semenjak 1602.
Giorgio Nason adalah pewaris cabang seni reka empayar pembuatan kaca ini. Rekaannya terkenal sebagai lakuran tradisi lama dan warna terang.
Guy Laroche menggunakan khidmat Tygrett untuk koleksi musim luruh dan panas 2007.
Ini sekali gus menjadikan koleksinya hadir sebagai barang kemas kontemporari yang tidak lapuk dek zaman. Kali ini dia menamakan pamerannya Art Baubbles, sempena koleksi barang kemasnya yang hadir berangkai-rangkai dan bermacam rupa.
Setiap rekaannya hanya datang di dalam satu rekaan sahaja dan ini menjadikannya tambah eksklusif. Barang kemas ini pula dihasilkan dengan menggunakan tangan, setiap manik kaca yang dipilih hanyalah daripada yang terbaik.
Pada Disember lalu, Tygrett berada di Kuala Lumpur selama 25 hari untuk memberi kuliah di dalam “Vision Culture”. Usaha ini mendapat kerjasama HSBC dan UNESCO.

Rekaan Tygrett mencapai piawaian antarabangsa sehingga ia pernah dipamerkan di Muzium Victoria & Albert, London dan Yayasan Maeght di Perancis. Pada 1996 hingga 2001 pula, atas usahasama dia dan suami, barang kemasnya dijual di Barney’s di New York, Joyce’s di Hong Kong, Chicago Art Institute, Muzium Dahesh di New York serta Harvey Nichols dan Liberty’s di United Kingdom.
Tiga tahun yang lalu pula, Guy Laroche menggunakan khidmat Tygrett untuk koleksi musim luruh dan panas 2007.
Tygrett bijak menggunakan material, dia menggabungkan manik-manik kaca pada rekaannya dengan logam Itali mesh, perak, tali sutera, simpai keluli tahan karat dan batu semi-precious.
Segar daripada studionya, rekaan kali ini menampakkan warna hijau zamrud, perang keemas-emasan persis topaz, biru nilam, merah delima dan bermacam-macam lagi. Didatangkan dalam kualiti terhad, di Malaysia SGFA telah menjadi galeri yang menghoskan Tgyrett.



