Datin Samsiah masih tidak faham, mengapa anak perempuannya Suhada berbaik sangat dengan bekas suami dan isterinya sekarang.
Dia terkedu diberitahu oleh sepupunya Anita yang Suhada bukan setakat menghadiri majlis perkahwinan bekas suami tetapi dia juga yang pergi memandi dan membantu menguruskan rumah tangga mereka di kala perempuan itu di dalam pantang.
Dan reaksi orang di sana tidaklah suka sangat menerima kedatangan bekas isteri suaminya tetapi orang hendak menolong, kecil tapak tangan nyiru ditadahkan.
Lagipun mencari pembantu rumah bukannya senang. Ini bukan sahaja Suhada menjadi pembantunya tetapi seperti bidannya juga; membakarkan tunku, mengurut, memasak lauk pauk pantang, heh, segalanyalah.
Tetapi sebagai isteri, rasa tidak sedap hati dan prasangka itu masih ada, cemas lagi takut kalau-kalau satu hari si suami akan rujuk balik dan itu yang dia tidak mahu.
Namun suami mahu juga dia menggunakan kederat dan khidmat bekas isterinya… dan yang pelik serta ajaibnya si bekas isteri dengan rela hati mengikut sahaja kemahuan bekas suami.
Buat apa ditunggu si laki yang salah sikit tangan naik ke muka
“Hey, dia itu bekas suami kamu,” tegur Datin Samsiah bila dia teringat Suhada bercerita ini itu, dulu-dulu kamu juga yang mengadu hal, dan kamu juga yang hendak bercerai.”
Namun dia tidak sangka pula, lanjutan daripada itu Suhada pergi ke majlis kahwin, dan lebih memalukan keluarganya, Suhada dikatakan jadi bidan dan menghambakan dirinya pada mereka.
“Cukup-cukup…. jeritnya. Budak ini sudah tidak siuman agaknya. Biar betul, janganlah meletakkan diri itu macam hamba abdi, dulu dia juga yang mengadu ini itu,” Datin Samsiah menjawab cakap Anita.
“Nanti aku ajar dia mengenai maruah. Jangan jadi bodoh?” Sesungguhnya pada Datin Samsiah kerenah Suhada masih belum selesai. [Pullout: 
]
Dia ingat selepas anaknya ini bercerai tamatlah episod yang satu ini. Tetapi rupanya ia bersambung-sambung.Itu dia tidak dengar lagi apa orang sebelah sana cakap.
Apakah tidak Suhada nanti dituduh merosakkan pula rumah tangga orang, atau tepat kata orang sana, Suhada tidak betul, yang mengadakan cerita dan sebagainya.
Masa dia bercerai dulu pun seribu cerita didengarinya, tetapi dia merasakan anaknya di pihak yang betul.
Lagipun dia sudah masak dengan perangai si menantu. Dia sendiri sebagai saksi akan beberapa peristiwa yang terjadi, lantaran dia sendiri sudah give up…
Dia sendiri sudah menerima suratan takdir, Suhada mungkin lepas bercerai dengan Karim akan senanglah hidupnya.
Tidaklah lagi di tengah malam, dia memandu sehingga ke hujung Cheras dari Bukit Damansara hanya untuk menyelamatkan anaknya yang lebam dipukul si laki.
Buat apa ditunggu si laki yang salah sikit tangan naik ke muka, dan sepatutnya tidak perlu ditunggu hampir 25 tahun untuk bercerai.




