
Tiers & Ruffels
Gaya gaun strapless nampaknya semakin kurang digemari sesuatu yang berlengan. Beberapa tahun kebelakangan ini juga, trend pengantin banyak tertumpu pada rekaan bertingkat (tiers). Tidak kiralah sama ada ciptaan tradisional atau kontemporari; potongan berupa A-line, siluet duyung mahupun full skirt.
Ia menarik buat si tinggi lampai berdasarkan sifatnya yang horizontal
Ciptaan bertingkat menyuntik karakter selain mencipta tekstur yang lebih unik, fun dan youthful; malah cantik alunannya kala si pengantin bergerak dan mengayunkan tubuhnya ketika berjalan atau menari. Suatu fakta yang perlu dipertimbangkan adalah gaya bertingkat sebegini tidak sesuai untuk semua wanita.
Ia menarik buat si tinggi lampai berdasarkan sifatnya yang horizontal namun pengantin yang berbadan gempal dan petit seharusnya menjauhi rekaan sebegini. Silap hari bulan anda akan nampak pendek dan berisi!
Fabrik & Warna
Bercakap mengenai fabrik dan material, pereka kini turut berani mengguna pakai kain berpermukaan metalik selain renda yang lebih berani dan dominan olahannya.
Pengaruh hitam/putih ala Chanel juga jelas dilihat pada banyak rekaan- rekaan gaun pengantin hari ini
Romantik dan versatil buat majlis resepsi siang ataupun malam, ciptaan sebegini kian memikat hati ramai kerana pengaruh rekaan daripada pentas-pentas antarabangsa. Dan dengan itu juga, pemakaian warna putih tidak lagi menjadi suatu kemestian kerana pengantin moden hari ini semakin adventurous mencuba rona-rona baru.
Yang jelas popular tentulah warna-warna pastel yang meliputi biru muda, hijau pucat selain pink dan lavender.
Pengaruh hitam/putih ala Chanel juga jelas dilihat pada banyak rekaan- rekaan gaun pengantin hari ini. Makin ramai yang mengguna pakai suai padan antara gaun putih dengan ikatan sash hitam pada pinggang, di samping reben berhias indah pada bahu khususnya menerusi rekaan asimetri yang cukup popular tika ini.
‘Ethereal Embellishments’
gaya sulaman yang menggunakan aneka jemeki, labuci serta manik
Bunga-bungaan suatu yang mesti di kebanyakan majlis perkahwinan. Kehadiran elemen flora pada gaun pengantin juga bukan suatu yang janggal.
Ia ditampilkan sebagai motif atas kain, sulaman timbul yang membentuk tekstur berupa kelopak bunga malah ramai juga pengantin yang kian minat menghiasi dandanan rambut mereka dengan aneka ornamen bunga-bungaan.
Turut menjadi daya penarik adalah gaya sulaman yang menggunakan aneka jemeki, labuci serta manik.




