
Selepas 12 tahun bekerja dalam dunia teknologi, Puteri Nurfaliza akhirnya menubuhkan Emmerging Synergy (M) Sdn. Bhd, syarikat miliknya yang terbabit dalam industri teknologi maklumat (IT).
Berikutan itu, Puteri mempunyai lebih masa untuk memberi fokus kepada hobi baru iaitu beriadah dengan motosikal berkuasa tinggi. Minat itu lahir selepas menerima pelawaan suami yang terlebih dulu gemar menunggang motosikal berkuasa tinggi.
“Walaupun hobi ini selalu dikaitkan dengan golongan lelaki, hakikatnya ramai wanita yang terbabit sama sehinggakan tertubuhnya Kelab Wanita Harley Davidson,” katanya.
Puteri, berkata kelab ini turut menganjurkan ‘road trip’ ke spa atau acara minum-minum petang. Hobi baru ini turut mendorong Puteri mengubah stail dan gaya, kalau dahulu feminin dan girly, kini lebih bersahaja dan maskulin.
Bagaimanapun, Puteri tidak sesekali membataskan dirinya daripada bergaya dengan dress-dress koktel berserta stiletto di acara-acara sesuai. Syaiful Baharim antara pereka lokal kegemaran saya,” katanya. Syaiful juga mereka baju-baju kurung dan dressnya sejak dulu.
Pilihan Puteri

Kata Puteri, dia cukup tertarik dengan rekaan gelang tangan Roberto Cavalli ini. Selalunya dipakai dua atau tiga gelang tangan sekali.
Puteri cukup suka dengan tas tangan Louis Vuitton. Banyak dalam simpanannya, yang ini salah satu kesayangannya.
Baru dalam koleksi aksesorinya, Cuff bracelet ini daripada Perte.
Tali pinggang Fendi ini pelengkap gaya bukan sahaja untuk celana denim malahan buat dress potongan ringkas.
Sepatu Salvatore Ferragamo ini dibeli di Singapura. Acap kali juga Puteri ke Singapura. Antara kota membeli belah kesukaannya.
Menyentuh bab haruman, dua wangian Vera Wang ini antara yang paling puteri suka.




