Datin X

"Siapa Datin X ini" jerit Puan Sri Jay (bukan nama sebenarnya) kala saya bertandang ke rumah. “You tahu Datin, bunyinya macam dia mengendap I.

Dia cerita macam kenal I sahaja? Dia kata I ini sudah hendak ditinggalkan oleh Tan Sri…” You tengoklah body I, takkan Tan Sri nak lepaskan I macam tu sahaja.

Dia mesti takut kerana kalau dia ceraikan I dia akan jadi gila. Dia tak akan berani tau… I akan buat dia sujud pada I.”

“Entah-entah orang yang tulis ini you, Datin?"

Puan Sri Jay mengacah saya. “Manalah saya pandai menulis sebegini?” Jawab saya dan jantung berdebar dan berdetup kuat.

“Ya, Allah janganlah pulak dia dengar bunyi degupan itu?” Saya berdoa, sambil meredakan suasana dengan memuji-muja pakaiannya hari itu.

Dia mesti takut kerana kalau dia ceraikan I dia akan jadi gila

“Cantik, apa jenamanya?”

“You ni Datin, betullah tidak tahu tentang fesyen. Ini print Rova Kuil Ali…?”

“Apa dia?” Lalu saya tarik sikit tempat yang ditampal jenama itu.

“Oh, Roberto Cavali,” pintas saya. “Itulah, you tidak pandai fesyen, bagi orang yang tahu fesyen mereka boleh teka dari jauh,” pintasnya.

“Yalah, Puan Sri saya ini tidak pandai fesyen. Baju dan beg tangan saya pun bukan berjenama. Tak mampu.” “Jangan, you mesti bergaya sebab you Datin?” katanya banyak kali.

“Saya,” sambungnya kemudian. “Kalau pakai yang kurang-kurang tu… rasa gatal seluruh badan. Tak tahulah apa jenis fabriknya, kalau saya beli-beli yang di kompleks di sini, pakai sekali atau terus tidak pakai. Sebab itu saya terpaksa terbang ke Itali atau Paris, kat sana banyak pilihan.”

“Yalah Puan Sri, dekat Malaysia ini pun bukan ada apa ya,” saya balas pendek sebab nak termuntah mendengar ceritanya.

 

Chanel jadi Canal

(Sambung kisah dia). Siapa Puan Sri ini? Entahlah bagaimana saya boleh menjadikan orang macam ini kawan pun saya tidak tahu tetapi kadang-kadang memang meluat, cakap macamkan kita semua ini tak reti fesyen langsung.

Tetapi bila dia sebut 'Canal' bukan Chanel, perut saya terhenjut-henjut ketawa. Kalau sudah mahu pakai top to toe jenama, belajarlah macam mana nak sebut, jangan buat orang geli, Puan Seri oii? Cavalli bunyinya macam 'kuil Ali'.. oh-oh, Puan Sri, Puan Sri.

 

Bila madu bertemu madu

Dulu dua wanita ini berkawan baik tetapi hari ini musuh ketat. Yalah, sampai hati si kawan nak ambil laki teman. Macamkan tidak ada manusia dalam dunia ini boleh dijadikan laki. Dan begitulah yang terjadi kepada dua wanita ini.

Berperang besar sehingga suami terpaksa bawa isteri muda tinggal di negeri Selatan. Supaya tidak terserempak di Starhill atau KLCC atau di kenduri-kendera. Malu.

Dan sebut fasal kenduri, dua madu ini terserempak di majlis kahwin. Bila bini tua nampak lakinya berjalan dengan isteri muda, dia terus datang dekat mereka dan ludah. Air ludah itu lalu terkena betul-betul pada baju isteri muda.

Si isteri muda pula terus menghayunkan tas tangannya, terkena pula pada mata bini tua, dan hampir-hampir keduanya bergomol dan bertarik rambut tetapi sempat dileraikan suami. Terus mereka berjalan keluar majlis langsung tak sempat tengok orang bersanding.

Itulah bukankah memalukan dan menyusahkan hidup? Kalau tidak pandai kawal isteri, lebih baik jangan kahwin. Perempuan kalau 10 tahun sekalipun laki dia sudah kahwin, kalau masih tidak boleh terima hakikat, hatinya tetap marah. Saya tidak kesiankan Datuk A sebab dia yang cari fasal.

Apa halnya kamu mengurat kawan baik bini kamu? Dan kawan itu hiss.. memang tidak ada kelas! Kalau hendak mencari laki, carilah jauh-jauh atau Tan Sri oii, kalau mahu tambah bini carilah orang yang tiada sangkut paut dengan bini-bini yang lain.

 

Calon menantu tua macam suaminya

Hari itu Datin Rahimah menghubungi. Teresak-esak menangis melepaskan kecewanya. Tetapi Rahimah ini orangnya juga selalu cakap besar. Semua orang tidak ada yang betul di matanya. Semua kawan-kawannya ada sahaja salah silapnya. Semua orang tak sepandai anak dan menantunya.

Okeylah, awak ada dua lagi anak dara, kalau cakap banyak-banyak nanti Tuhan berikan bonus! Betul, Tuhan berikan dia bonus besar sebab menantunya itu lebih tua daripada suaminya Datuk A. “Excuse me, muka ini yang kamu hendak jadikan laki? Datin Rahimah menjerit kepada anaknya.

“Okey, kalau emak tak setuju sekalipun saya tetap kahwin,” pekik anaknya, sebab saya sudah pun berbadan dua. Datin Rahimah terjelepok di sudut katil, dia tidak tahu apa lagi yang hendak dikata selain menerima si tua itu sebagai menantunya!

Speak Your Mind

*

Other BluInc Magazine Titles